FotoBERNAMA |
"Tiada ayat atau perkataan yang dapat
saya gambarkan betapa besarnya hati kita atas sokongan yang diberikan oleh
rakyat Malaysia.
“Ia amat berjaya sekali dan ia begitu
mengagumkan dan sungguh luar biasa sekali,"
“Ia merupakan manifestasi kepada kesedaran
rakyat Malaysia untuk menunjukkan simpati dan sokongan kita kepada keluarga
mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung perwakilan
Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Baharu di Kelantan..
Beliau
juga melahirkan rasa puas hatinya dengan laporan media tempatan berhubung
istiadat menghormati jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) semalam yang disifatkannya sebagai liputan yang begitu
menyeluruh.
FotoBERNAMA |
"Akhirnya
dengan kerjasama semua media dan semua pihak ia boleh dilaksanakan begitu jaya
sekali," katanya.
Dalam
pada itu, beliau mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk
memberi peringatan kepada dua buah stesen radio tempatan yang dilihat tidak
sensitif terhadap istiadat itu.
Katanya
dua stesen radio itu akan juga diminta memberikan sebab kenapa tidak
bersama-sama rakyat dan kerajaan dalam suasana hiba itu.
"Stesen
itu dianggap berdegil dan masih memainkan lagu-lagu yang tidak sepatutnya
dimainkan pada masa itu. Kita minta seminit sahaja tetapi seminit itu dianggap
tidak boleh dilakukan. Jadi ini juga kita perlu tahu apakah puncanya,"
katanya.
Sebagai tanda berkabung, akhbar-akhbar arus perdana tempatan
menggunakan warna hitam dan putih untuk muka depan masing-masing, manakala
pelbagai portal berita dalam talian, termasuk portal Bernama menggunakan warna
sama.
Penerbangan
MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai
ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Pesawat
Boeing 777-200 itu membawa 298 penumpang dan anak kapal.
Sebanyak
43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia.
Daripada
jumlah itu, 20 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.
Rakyat
Malaysia bertafakur selama seminit pada pukul 10.54 pagi setelah kesemua 17
keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa yang dibawa pulang dengan
pesawat MAS MH6129 dari Amsterdam diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah
untuk dibawa ke tempat persemadian masing-masing..
No comments:
Post a Comment