Pelbagai
cara dapat dizahirkan untuk memperlihatkan kecintaan rakyat kepada negara.
Semangat
patriotisme itu semakin dirasai menjelang 31 Ogos – tarikh keramat kemerdekaan
negara.
Setelah
57 tahun berlalu, rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan negara yang
merdeka, bersatu-padu dan makmur.
Keamanan
dan kesejahteraan negara membolehkan rakyat menyemai cita-cita serta menjejaki
segenap pulusuk tanahair untuk menabur bakti.
Biarpun
tidak berada di barisan hadapan mempertahankan negara, namun perjuangan untuk
bumi tercinta ini boleh dilakukan dengan cara tersendiri.
Ibarat
baris pertama lirik lagu ‘Warisan’ nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad
-- “Di sini lahirnya sebuah cinta”,
kesediaan untuk berjuang itu bermula dari hati.
Inilah
juga faktor bagi bait-bait lagu itu diangkat menjadi tema Sambutan Hari
Kemerdekaan ke-57 -- 'Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'.
Tema
itu menyentuh mengenai hati dan perasaan.
Dalam
menzahirkan patriotisme kepada negara, ia bermula dengan hati dan seterusnya menggerakkan tingkah-laku kita.
Cinta
bagi seorang warga yang patriotik bermula dengan mencintai dirinya terlebih
dahulu -- melakukan amalan terpuji dan menjauhi perbuatan keji berpandukan
pegangan agama.
Seterusnya
rasa cinta itu diperluaskan kepada keluarga dengan melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan dalam sistem kekeluargaan.
Daripada
rumah, perasaan cinta terus berkembang kepada masyarakat, bermula dengan
semangat kejiranan yang begitu dituntut
terutama di bandar.
Dalam
masa yang sama, perasaan itu disalurkan pula di tempat kerja bagi mengukuhkan
lagi amalan bermasyarakat.
Organisasi
tempat kerja amat penting bagi seseorang kerana ia menyemai nilai-nilai
persahabatan, hormat-menghormati
dan menyemarakkan perpaduan.
Semangat
berpasukan ini mendorong kita saling mengambil berat terhadap rakan sepejabat
termasuklah mereka yang telah bersara.
Ada
kalanya kita melawat mereka apabila mereka sakit serta menghadiri kenduri kendara yang mereka
adakan.
Ikatan
persefahaman ini membentuk budaya
organisasi untuk melaksanakan apa jua tanggungjawab dengan matlamat mencapai
kejayaan.
Apatah
lagi jika tanggungjawab itu demi negara seperti yang diamanahkan kepada Bernama
bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 ini
.
Bernama
mendapat kepercayaan untuk mengendalikan
Amanat Merdeka Perdana Menteri yang pertama kali diadakan secara terbuka
pada malam ambang kemerdekaan.
Datuk
Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanat itu di Dewan Tunku Abdul Rahman,
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Jalan Ampang pada hari Sabtu, 30 Ogos ini.
Acara
itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen.
Tugas
besar dan mencabar ini memerlukan komitmen kita bersama untuk menjayakannya.
Walaupun secara individu tidak diberikan peranan namun kita boleh berdoa agar
segala-galanya berjalan lancar.
Rakan-rakan
kita yang bertungkus-lumus melaksanakan amanah ini seharusnya mendapat
sokongan atas rasa kecintaan kita kepada
agensi berita nasional ini.
Inilah
detik untuk mengharumkan lagi nama
Bernama.
Bagi
sebahagian daripada rakan sepejabat kita
di Bernama, tema ‘Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ mempunyai makna yang
lebih mendalam.
Di
sinilah bibit cinta mereka berputik sehingga membawa ke alam perkahwinan. Dari
teman pejabat menjadi teman hidup.
Apa
yang menarik ialah ada kalangan warga Bernama yang lama mengenali si suami atau si isteri tidak mengetahui mereka merupakan pasangan
suami isteri.
Cinta
sepejabat ini membawa rahmat kepada sekurang-kurangnya 10 pasangan yang berjaya
membentuk keluarga.
Antara
pasangan bahagia Bernama ialah Nasrah Ahmad dan Mastura Hassan yang mungkin
terkena panahan “cinta pandang pertama” ketika mula berkenalan Jun 1996.
Enam
bulan kemudian, mereka bertunang dan terus melangkah mendirikan rumahtangga di
Ipoh pada 28 Februari 1997.
Selepas
17 tahun, mereka terus bahagia bersama tiga cahayamata -- anak perempuan sulung
berumur 16 tahun, anak kedua juga perempuan berusia 13 tahun dan yang bongsu,
anak lelaki berumur 11 tahun.
Mastura
menyatakan ada kalanya terasa begitu selamat mempunyai pasangan hidup yang sama
pejabat – ‘ sometimes feel so secure’.
No comments:
Post a Comment