Foto BERNAMA |
Agensi di bawah Kementerian
Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membantu kerajaan memperjelaskan isu
nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 serta kehilangan pesawat MH370 melalui
penyaluran maklumat tepat, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata maklumat yang disampaikan sama ada tepat atau sebaliknya, akan membawa impak dan persepsi rakyat terhadap kementerian itu.
"Selalu saya sebutkan kementerian ini penting kerana inilah kementerian yang akan menggerakkan seluruh jentera pembangunan infrastruktur dan maklumat dalam negara.
"Malah kita perlu menjadi kementerian yang lebih kreatif berbanding kementerian lain, serta apa impak yang perlu kita capai dari setiap program dan peranan yang kita buat," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan kementerian di Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya agensi-agensi di bawah kementerian perlu peka dan menilai peranan masing-masing supaya KKMM terus mendapat sokongan rakyat dalam menyalurkan informasi dan komunikasi.
Mengulas lanjut Ahmad Shabery berkata isu MH17 dan MH370 adalah antara peristiwa penting dalam negara yang sudah pasti melibatkan kementerian sebagai satu daripada sumber penyaluran maklumat.
"Kita diminta untuk memainkan peranan daripada segi menyampaikan mesej yang baik. Ada mesej yang dibuat, sama ada kerajaan buat baik atau tidak.
"Orang tak terpikir bagaimana untuk mendapatkan badan mayat atau jenazah mereka yang terkorban di tempat perang, rayuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan pemimpin kumpulan pemisah di Donetsk, Alexander Borodai serta perkara-perkara lain," katanya.
Menurutnya kerajaan akan sentiasa memastikan segala perkara berhubung isu MH17 dibuat dengan terperinci selain urusan penyempurnaan mayat dan jenazah mangsa MH17 dijalankan dengan penuh penghormatan.
Pada majlis yang sama Ahmad Shabery turut meraikan sambutan hari lahir Timbalan Menteri Penerangan Datuk Jailani Johari yang jatuh pada 2 Ogos lalu serta warga kementerian dan agensi di bawahnya yang disambut sepanjang bulan ini.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment