Seramai 40 orang termasuk
lima lelaki akan menyertai program ‘Istanbul Aku Datang’ itu yang menjanjikan
pengalaman menyeronokkan dalam suasana Malaysia berhasrat meningkatkan hubungan
dengan Turki.
Pengerusi Benita,
Rohana Mustaffa berkata Turki dipilih sebagai destinasi lawatan pada mesyuarat
agung persatuan itu 28 Mac lepas.
Dua lagi tempat yang
dicadangkan ialah Beijing dan Seoul tetapi majoriti berminat ke kotaraya yang
terletak antara Asia dan Eropah itu.
“Filem ‘Istanbul Aku Datang’ dan
‘Taken’ yang menjalani penggambaran di Istanbul mempengaruhi pilihan,” katanya
semasa Majlis Hari Raya dan doa selamat untuk program itu di tingkat 12,
Wisma Bernama tengah hari ini.
Filem ‘Istanbul Aku Datang’
terutamanya lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok ‘membuka mata’
ahli-ahli Benita untuk pergi ke sana, kata Rohana.
Keputusan yang dibuat lima
bulan sebelum tarikh lawatan itu bertujuan membolehkan para peserta mengatur
perbelanjaan hampir RM5,000 seorang untuk mengikuti rombongan.
Menurut Rohana, mereka
dijangka melawat banyak tempat bersejarah di samping tempat-tempat tarikan
pelancong.

Kotaraya ini terbahagi oleh
Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Hitam dan Lautan Marmara.
Istanbul yang diiktiraf
sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985 menawarkan pelbagai kesan
peninggalan zaman keagungan Islam di Eropah yang masih dapat dilihat sehingga
ke hari ini.

Berhadapan dengan Masjid
Biru ialah sebuah muzium yang dipanggil Hagia Sophia atau Aya Sofya. Bangunan
ini mempunyai sejarah yang teramat panjang bermula sebagai sebuah gereja
sebelum dijadikan masjid dan akhirnya dijadikan sebuah muzium pada 1931 hingga
sekarang).
Pengalaman membeli belah di
Istanbul juga menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh para pengunjung ke
sana. Grand Bazaar dan Spice Market merupakan dua bazar terbesar dan tertua di
Turki.

Semalam Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang melawat negara itu menyatakan
Malaysia mahu mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Turki yang meraikan
pelantikan presiden baru.
Beliau berharap pelantikan
Recep Tayyip Erdogan sebagai presiden ke-12 Turki, akan mempercepatkan proses
itu.
Erdogan, 60, berkhidmat
selama 11 tahun sebagai perdana menteri Turki sebelum memenangi pilihan raya
presiden yang pertama negara yang mempunyai lebih 80 juta penduduk itu pada 10
Ogos lepas.
No comments:
Post a Comment