![]() |
Foto BERNAMA |
“Di sinilah lahirnya sebuah cinta, di sini tersemainya cita-cita yang luhur dan murni demi pertiwi,
“dan
di sinilah kita pastikan ia terus menguntum dan mengharum di sanubari satu
semangat patriotik yang marak menyala dan menjulang tinggi.
“Sesungguhnya
jua kita semua adalah penyambung warisan,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak
sebelum melaungkan kata-kata keramat MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA,
Laungan
itu menggemakan Dewan Tunku Abdul Rahman di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic),
Jalan Ampang pada malam bersejarah ini dengan Amanat Merdeka Perdana Menteri yang pertama kali
disampaikan secara langsung.
Tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini ialah "Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta".

Tidak
seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan Perdana Menteri dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke
kaca-kaca televisyen, Datuk Seri Najib memilih untuk berucap secara langsung
kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini.

Keterujaan Perdana Menteri untuk menyampaikan amanat secara langsung itu dapat dilihat apabila beliau menghantar Tweet semasa dalam perjalanan ke Matic malam ini.
"Ikuti siaran langsung ucapan saya di semua saluran utama sebentar lagi," katanya.

Tanggungjawab
berat itu memerlukan penggemblengan
tenaga seluruh warga Bernama. Sepertimana harapan Pengurus Besar Datuk Yong Soo
Heong kira-kira
12 jam sebelum acara penting itu bermula.
“Marilah
kita membantu satu sama lain untuk mempastikan Bernama berjaya walaupun kita
mungkin tidak mempunyai ribuan kakitangan.
Semangat
berpasukan akan menentukan kejayaan.
“Marilah
kita memberi sokongan kepada Zarina Rozali dan pasukannya, Farhan Mustapha, Adam Jeyabalan, Hakimi, Arul
Rajoo, Azemai dan ramai lagi untuk mempastikan malam ini berjalan lancar,”
katanya.

Kejayaan
mengelolakan acara ini menjadi satu lagi sejarah yang dilakarkan oleh Bernama.
Semangat
berpasukan jelas kelihatan untuk melakukan yang terbaik bagi organisasi.
Farhan
berkata: “Amanat Merdeka ini walaupun hanya secubit tenaga yang dihadiahkan,
ianya amat berbaloi.”

“Ini
untuk memenuhi segala tugasan demi negara dan pertubuhan yang dicintai,” kata
Farhan.
Zarina pula sangat bersyukur semuanya selesai dan berjalan lancar.
"Kerjasama semua amat penting dalam menjayakan sesuatu yang besar seperti ini," katanya.
Majlis itu turut diisi dengan persembahan klip video mengenai Dewan Tunku Abdul Rahman serta pelancaran setem Merdeka oleh Datuk Seri Najib.
Pameran mengenai pelbagai perkhidmatan Bernama juga diadakan selain daripada ruang 'permaidani merah' yang mendapat sambutan hangat.
Zarina pula sangat bersyukur semuanya selesai dan berjalan lancar.

Majlis itu turut diisi dengan persembahan klip video mengenai Dewan Tunku Abdul Rahman serta pelancaran setem Merdeka oleh Datuk Seri Najib.
Pameran mengenai pelbagai perkhidmatan Bernama juga diadakan selain daripada ruang 'permaidani merah' yang mendapat sambutan hangat.
No comments:
Post a Comment