Shahril (kiri) dan Rashid |
Mohd
Shahril Pandak Lamat, petugas penting Bahagian Sumber Manusia, mempunyai cerita
yang menggegarkan.
“Semalam
sesudah selesai menghantar surat dari tingkat ke tingkat, saya terasa pening
hingga nak muntah,” katanya.
“Malahan
saya rasa baru kena dua hari lepas apabila start kerja setelah cuti Hari
Raya,” katanya.
Shahril
berkata ketika menghantar surat, ada juga yang bercerita dengannya bahawa
mereka merasai gegaran dengan adanya projek pembinaan bangunan di sebelah Wisma
Bernama.
Ini
membuatkan Shahril mengambil gelas dan mengisi dengan air ketika sampai ke
tempat duduknya di tingkat 13. Gelas
itu diletakkan di atas meja dan Shahril memerhatinya dengan teliti.
“Boleh
nampak air bergegar… memang ini berita yang menggegarkan,” kata
Shahril yang telah berkhidmat dengan Bernama selama lapan tahun.
Petugas Bahagian Pentadbiran
Rashid Rusydi juga muntah-muntah setelah menghantar surat dari tingkat ke
tingkat di Wisma Bernama.
“Saya
kena pakai minyak angin…mungkin sebab cuaca panas,” katanya yang bersetuju dengan
Shahril bahawa gegaran dirasai setelah projek pembinaan di sebelah bermula.
Gegaran
itu semakin dirasai walaupun kerja ‘piling’ dikatakan belum dilakukan.
“Saya
tak nak fikir negatif,” kata Rashid terhadap kerisauan yang disuarakan oleh
beberapa warga Bernama.
Ketua
Rancangan Bernama Radio24 Hakimi Mohd Zain menulis dalam WhatsApp Editor
Bernama pada pukul 1.30 petang; “Vibration getting worse on level 15”.
“Cermin
di belakang saya ni pun bergegar,” kata Timbalan Ketua Penyunting Perkhidmatan
Berita Ekonomi Lat Zaharah Abd Mutalib 10 minit kemudian.
Gegaran
ini sedang dipantau oleh Pihak Pengurusan yang mendapatkan pandangan perunding
mengenai keselamatan struktur bangunan kita.
No comments:
Post a Comment