Foto Saiful Hadi |
Ketika
berkunjung ke Wisma Bernama pada 11 Ogos lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Antara,
Saiful Hadi menyatakan agensi berita Indonesia itu mempunyai hubungan istimewa
dengan Bernama.
“Siapapun
yang memimpin Antara, kita akan tetap ada kerjasama special dengan
Bernama,” katanya.
Sebagai
manifestasi hubungan istimewa itu, Bernama turut memenuhi undangan Pak Saiful
dan isteri Ibu Rina Hermina pada majlis resepsi perkahwinan anak lelaki mereka
Ahmad Irfan Rinaldi di Jakarta hari ini.
Timbalan
Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual Haji Mokhtar Hussain mewakili Bernama
pada majlis itu yang berlangsung di auditorium Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisian
(PTIK) di Kebayoran Baru, sebuah daerah di Jakarta Selatan.
“Sebenarnya
upacara akad nikah berlangsung pagi ini juga di dewan yang sama.
“Kemudian
majlis resepsi berlangsung mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari,” kata Haji
Mokhtar.
Perjalanan
dari hotel penginapannya di Jakarta pusat ke PTIK mengambil masa kira-kira 40
minit dengan teksi.
“Sebaik
sampai saya terus disambut di pintu masuk dan dipersila masuk.
“Wah…menarik
sekali setting di dalam dewan dengan hidangan secara buffet.
“Hadirin
dengan pasangan masing-masing berpakaian kemas sama ada mengenakan suit atau
baju batek Indonesia.
“Lantas
kelihatan Pak Saiful Hadi dan isteri menyambut tetamu yang berbaris naik atas
pentas memberikan ucapan tahniah kepada ibubapa dan juga mempelai. Besan Pak
Saiful juga berada di atas pentas.
“Saya
juga diberi kesempatan naik ke atas pentas untuk mengucapkan tahniah kepada Pak
Saiful dan isteri serta mempelai,” katanya.
Beliau
menyampaikan “salam kasih serta salam persahabatan dari seluruh warga Bernama”
kepada Pak Saiful.
Haji
Mokhtar, yang turut menyampaikan bungkusan hadiah daripada Bernama,
juga
diberi peluang berfoto bersama kedua mempelai diapit Pak Saiful dan isteri.
Beliau
sempat berkenalan dengan wakil Cihan news agency dari Turki bernama Selim
Caglayan, yang fasih berbahasa Indonesia.
Seorang lagi kenalan barunya ialah Pengarah Press
Information Division Taiwan Tommy Lee.
No comments:
Post a Comment