Media
arus perdana masih ‘dicari’ oleh penggiat industri perfileman dan hiburan
tanahair walaupun muncul “wartawan internet” yang menulis mengenai dunia artis.
Editor
Hiburan Berita Harian (Edisi Mingguan) Akmal Abdullah berkata wartawan hiburan satu
ketika dahulu menjadi perhatian pembaca dan orang-orang dalam industri kerana
ketika itu tidak ada media sosial yang menyiarkan maklumat mengenai artis.
“Sekarang
semua orang boleh menjadi wartawan dan mengeluarkan berita menerusi media
sosial,” katanya.
“Ada
blogger yang dah declare diri mereka sebagai wartawan hiburan… mereka pun
berkenalan dengan artis dan siarkan cerita dalam internet,” katanya dalam
rancangan “Bersama Wartawan” menerusi Bernama Radio24 pagi ini.
Bagi
menghadapi ‘saingan’ itu, Akmal berkata media
arus perdana perlu menumpukan kepada penulisan yang lebih serius mengenai industri filem, teater, muzik dan hiburan
keseluruhan.
“Kita
cuba dapatkan temubual eksklusif yang belum keluar ..kita tumpu kepada industri
dengan lebih serius
“Kita
nampak taktik kita lebih diterima oleh pembaca yang nak tahu mengenai sesuatu isu,
seperti harga produk drama tv…pengiat industri muzik dan filem masih mencari
media arus perdana untuk meluahkan kebimbangan mereka,” katanya.
Ketika
ditanya sama ada jatuh-bangun seseorang artis bergantung kepada wartawan,
beliau berkata itu merupakan pandangan ‘tipikal’.
Kadang-kadang
bukan disebabkan wartawanpun, seseorang
artis itu jatuh kerana sikap mereka sendiri yang menyebabkan penerbit dan komposer
“tidak berani” mengambil mereka.
Akmal
berkata wartawan arus perdana yang menulis dalam apa jua bidang termasuk
politik dan sukan merupakan penulis
terlatih dan dikawal oleh editor untuk mengeluarkan bahan yg berkualiti.
“…ada
sumber yang kuat, bukan berdasarkan hearsay, blog hanya one-man show, sedangkan
media arus perdana, ada editor, penyunting…ada tapisan sebelum berita dikeluarkan,”
katanya.
Akmal,
yang telah memenangi 14 anugerah kewartawanan sejak menceburi bidang itu pada
tahun 1990, berkata beliau menulis bukan
untuk memenangi anugerah tetapi atas nawaitu yang ikhlas.
Beliau
banyak menulis secara “separa ilmiah dan santai” mengenai kritikan filem
berdasarkan fakta dan kajiannya.
Akmal
kerap dijemput oleh FINAS serta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) untuk
bercakap mengenai filem dan menjadi juri dalam beberapa pertandingan berkaitan.
Menurutnya,
peranan pengkritik filem penting untuk memberi input baru kepada industri
perfileman tempatan agar ia dapat berkembang dan menggalakkan tradisi ilmu dari
segi pemikiran.
“Ada
kalangan wartawan yang tidak ada ilmu (mengenai filem) dan longgar penulisan
mereka, menulis mengikut selera.
“Kalau
kata lakonan tak best , kena ada hujah dan bukan setakat hentam saja,” katanya.
Ketika
ditanya aspek yang dinilai oleh pengritik filem, beliau berkata banyak sudut
yang boleh menjadi bahan tulisan.
Ada
yang melihat dari sudut perkara yang hendak disampaikan oleh pengarah filem,
adakah naratifnya sesuai dengan cara pengarahan, aspek lakonan, teknikal, CGI dan sebagainya.
Menjawab
soalan, beliau berkata agak susah untuk menentukan ‘resepi’ bagi kejayaan
sesebuah filem.
‘Kadang-kadang
filem yang dipuji melambung tapi tak dapat penjualan tiket yang tinggi…selera
penonton yang rajin ke pawagan tak boleh jangka,” katanya.
Menjawab
satu lagi pertanyaan pendengar yang ingin tahu pendapat Akmal mengenai
aspek seni yang terbaik milik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, beliau berkata
Seniman Agung itu telah diakui sebagai bakat serba boleh dalam bidang
perfileman dan seni.
“Allahyarham
adalah anugerah Allah kepada kita…ikon dan contoh seniman yang boleh menjadi
inspirasi kita,” katanya.
Menurutnya,
kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya mendapati tiga filem
Allahyarham yang terbaik dari segi estetika dan falsafah ialah “Ibu Mertua-ku,
Antara Dua Darjat dan Semerah Padi”.
“Filem
komedi pula ialah Pendekar Bujang Lapok, Madu Tiga dan Musang Berjanggut,”
katanya.
Pada
awal program selama sejam itu, Akmal berkata beliau memohon menjadi stringer di
pejabat Berita Harian biro Alor Setar pada tahun 1990 selepas tamat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Beliau
mempunyai pengalaman menjadi Ketua Editor majalah sekolah Kolej Sultan Abdul
Hamid.
Antara
cabarannya semasa menjadi stringer ialah Ketua Biro Berita Harian di Alor Setar
ketika itu, saudara Mahfar Ali (sekarang Pengarang Kumpulan BH) tidak memberikannya tugasan tetapi meminta
beliau mencari bahan sendiri.
“Berita
pertama yang saya buat telah disiarkan dan mendapat byline,” katanya yang pada
peringkat awal kerap menulis mengenai artis yang berkunjung ke Alor Setar membuat persembahan..
“Saya
harus memberi kredit kepada saudara Aziz Desa (bekas wartawan Berita Harian dan
TV3) yang mendedahkan saya kepada kerjaya kewartawanan sehingga saya mula meminatinya,” katanya.
Akmal
berkata arwah ayahnya menjadi pendorong untuk beliau menjadi wartawan.
“Arwah
ayah saya kata kalau jadi wartawan boleh duduk barisan depan dan jumpa orang
besar, artis dan ahli sukan,” katanya.
Kata-kata
ayahnya itu menjadi kenyataan apabila pada suatu hari beliau berjumpa dengan
Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada sebelah pagi,
kemudiannya penyanyi Ella dan pada sebelah malam kapten bolasepak Kedah Radhi
Mat Din.
Akmal
‘berehat’ daripada menjadi stringer apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
selama empat tahun.
Selepas
mendapat ijazah dengan mendalami bidang perfileman dan kreatif, beliau memohon kerja
tetap sebagai wartawan di Berita Harian pada tahun 1997.
Beliau
dilantik sebagai Penolong Pengarang Hiburan pada Januari 2005 dan seterusnya
Pengarang Hiburan pada Julai 2007.
Katanya,
keazaman dan minat adalah penting bagi seseorang wartawan kerana bidang
ini memerlukan mereka berfikir dalam berkongsi maklumat.
Antara
pengalaman menarik yang dilaluinya ialah menulis berita mengenai kemalangan
dengan menemubual keluarga mangsa.
“Saya
mudah emosi…sebab tu saya terganggu, sebak, sedih ..macam mana seseorang wartawan
perlu lakukan untuk membolehkan keluarga mangsa bercakap.
‘Saya
kadang-kadang tak sampai hati nak interviu sebab sedih dengan situasi,’
katanya.
Beliau
menceritakan mengenai satu kejadian pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) yang terhempas dan mengorbankan pelatihnya.
‘Saya
dapat inteviu keluarga mangsa, saya buat berita dan dia suka berita yang saya
tulis…dia kata suara saya macam suara abang dia yang terkorban,” kata Akmal.
Beliau
juga pernah menemuramah bintang-bintang filem di Amerika Syarikat seperti
Jackie Chan dan Jennifer Love Hewitt ketika diundang oleh penerbit filem untuk
melawat Hollywood.
No comments:
Post a Comment