Wednesday 2 August 2017

Tajaan baju Sukan SEA untuk Bernama...

Pengedar barangan sukan terkemuka tanah air, Universal Fitness and Leisure (UFL) menyerahkan tajaan lebih 200 helai baju temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Tajaan bernilai RM15,000 itu diserahkan oleh bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor yang juga pengarah eksekutif UFL kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab di Wisma Bernama, hari ini.
"Ini adalah hadiah buat Bernama yang banyak menyokong perkembangan sukan tanah air dan juga UFL sendiri," katanya. 
Malek berkata pakaian rasmi temasya KL2017 boleh didapati di kedai rasmi UFL di Jalan Telawi, Bangsar, Al-Ikhsan, AEON, TESCO dan jualan dalam talian di GoOutdoor.com.my.
Katanya, pakaian sukan jenama Football Thailand (FBT) itu mempunyai kualiti terbaik setaraf dengan jenama-jenama sukan terkemuka dunia lain.           
-- BERNAMA  

No comments:

Post a Comment