Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh berangkat ke Tanah Suci petang
ini untuk mengerjakan Haji dengan diiringi isterinya Datin Ruhiza Hashim.
Pengarah Operasi Bernama News Channel (BNC) Hakimi Zuffrida Mohd Zain dan
mantan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Puan Salbiah Said,
yang kini bertugas dengan Unit Portal, turut bersama mereka untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Muammar berada di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sejak pukul 7.30
pagi diiringi ibu dan isterinya Diyana Ahmad serta anak lelaki mereka untuk memulakan perjalanan ke Tanah Suci.
Beliau menaiki bas bersama Datuk Zulkefli, Datin Ruhiza dan Salbiah ke Lapangan Terbang KL (KLIA) menjelang tengah
hari.
Sementara itu, para peserta Kembara Inspirasi Haji yang kini berada
di Dubai dijadualkan berlepas ke Jeddah pukul 9.45 malam ini waktu tempatan.
Ketua Editor Tugasan BNC Abdul Rahman Ahmad
berkata lapan peserta itu termasuk Pengarah projek Khir Ariffin yang tiba
semula di Dubai malam tadi dari Kuala Lumpur.
Beliau telah pulang ke tanah air sebagai usaha terakhir mendapatkan
visa haji bagi para peserta berkenaan yang telah membuat perjalanan sejauh
14,700 km sejak 18 Julai lepas.
Bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mereka
merentasi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran dan
Emiriah Arab Bersatu menggunakan dua pacuan empat roda yang telah diuruskan penghantaran pulang ke Malaysia melalui kapal.
Lapan peserta itu termasuk Rahman dan jurukamera BNC Ahmad Shahuri Mat Jaan yang lebih dikenali sebagai 'Awi'.
Seorang peserta, Zikri Fuad Abdul Salam, yang pulang sebelum itu telah mendapatkan visa haji furada bersama Khir dua hari lepas.
Bagi para peserta kembara itu, mereka berasa terharu dan gembira apabila menerima pasport berserta visa haji itu.
"Inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan ke tanah suci selepas mengembara ribuan kilometer," kata peserta termuda kembara, Mohd Izam Mahd Nor.
Para peserta kembara itu terkandas di Dubai sejak empat hari lepas apabila dimaklumkan visa haji mereka belum mendapat kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.

No comments:
Post a Comment