Seorang wartawan muda tersentap apabila ditegur editor yang menyatakan berita yang ditulisnya tidak ada nilai.
“Hari ini hari bersejarah saya sebab kena marah, editor kata story saya tak ada value,” katanya kepada seorang rakan wartawan.
Beliau menjadi bingung kerana berita itu yang kemudiannya disemak dan dikeluarkan oleh seorang editor lain telah digunakan oleh buletin televisyen malam berkenaan dan beberapa akhbar arus perdana keesokannya.
“Jika tiada nilai berita, kenapa ada yang menyiarnya tetapi Alhamdulillah saya dapat belajar pandangan-pandangan berbeza di kalangan editor,” katanya.
Lalu apakah tafsiran yang dapat beliau buat mengenai 'nilai berita'?
“Saya ada buat pembacaan sikit melalui satu buku berita dan maklumat di Google tentang pandangan wartawan.
“Tiada satu pendapat sepakat dengan definisi nilai berita dan saya mula faham kenapa editor pun berlainan pandangan.
“Pelbagai definisi mereka letak tetapi cuma mereka sepakat nilai berita adalah perkara yang terbaharu untuk disampaikan.
“Saya cuba buat kesimpulan dari pandangan mereka, nilai berita adalah perkara terbaharu dan relevan untuk disampaikan kepada masyarakat,” katanya.
"Tapi ada kala, saya dengar istilah 'MCMU' -- must cover, must use," katanya.
Daripada pencarian ‘Google’, beliau memperolehi maklumat tambahan mengenai apa yang dikatakan nilai berita.
Ini termasuk betapa besar pengaruh sesuatu perkara kepada masyarakat atau kesan yang dibawanya tentulah mempunyai tarikan umum.
Sesuatu yang besar dari segi jumlah, nilai atau angka yang besar hitungannya pasti menjadi sesuatu yang bererti untuk diketahui oleh orang ramai.
Sesuatu yang besar dari segi jumlah, nilai atau angka yang besar hitungannya pasti menjadi sesuatu yang bererti untuk diketahui oleh orang ramai.
Jarak sesuatu peristiwa dengan pembaca sama ada secara geografi, emosi atau psikologi juga memberikan nilai kepada berita untuk mereka ketahui.
Semakin hampir sesuatu berlaku dengan tempat mereka, semakin mendalam minat mereka untuk mengetahuinya.
“Kejadian seperti kebakaran besar, nahas jalan raya, kes-kes jenayah mempunyai nilai berita yang boleh menjadi pedoman kepada masyarakat,” katanya.
“Dari segi aktualiti (actuality), sesuatu peristiwa atau acara akan lebih menarik perhatian jika ia dilaporkan secara langsung terutama menerusi TV dan radio,” katanya.
Beliau memberi contoh temasya Sukan SEA yang bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos di mana orangramai mengharapkan berita yang pantas mengenai acara yang dipertandingkan.
Begitu juga keputusan pilihan raya umum nanti.
Aspek luar biasa atau unik sesuatu perkara juga membawa nilai untuk berita dilaporkan.
"Ini menyentuh human interest," kata wartawan muda itu.
“Satu lagi elemen yang mempunyai nilai berita ialah soal personaliti seseorang (public figure) seperti pemimpin, artis, ahli sukan serta tokoh dalam bidang tertentu,” katanya.
Menggunakan istilah “name makes news”, beliau berkata suatu peristiwa yang menyangkut orang terkenal atau sesuatu yang dikenali masyarakat merupakan berita untuk diketahui oleh pembaca.
Menggunakan istilah “name makes news”, beliau berkata suatu peristiwa yang menyangkut orang terkenal atau sesuatu yang dikenali masyarakat merupakan berita untuk diketahui oleh pembaca.
“Saya rasa kenyataan klise bahawa "When a dog bites a man, that is not news, because it happens so often. But if a man bites a dog, that is news" tidak boleh diterima bulat-bulat,” katanya.
“Kena tengok juga siapa lelaki yang digigit oleh anjing kerana jika dia seorang ‘public figure’ tentulah mempunyai nilai berita, apatah lagi ketika penyakit ‘rabies’ kini menjadi kebimbangan,” katanya.
No comments:
Post a Comment