Thursday 3 August 2017

Hafzi bawa suara orang muda..

Hafzi (empat kiri, berdiri) bersama kepimpinan MPPA bagi penggal
2017-2020. Turut dipilih sebagai anggota exco ialah Mazlan (duduk
 kanan sekali)
Jurufotografi Bernama Hafzi Mohamed terpilih sebagai Timbalan Presiden Malaysian Press Photographers Association (MPPA) bagi penggal 2017-2020.
Pemilihan jurufoto muda itu bukan sekadar membuktikan kepercayaan anggota-anggota MPPA kepada Bernama tetapi juga kepada Hafzi yang menyertai BERNAMA sejak Oktober lepas.
Hafzi ÿang berusia 31 tahun menyifatkan pemilihannya menduduki kepimpinan tertinggi persatuan itu sebagai mewakili "suara orang muda" dan pastinya akan memikul tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. 
Meskipun agak baharu dalam Bernama namun Hafzi memulakan kerjayanya sebagai jurufotografi sejak 2009 dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Hafzi mengecat dinding ruang pejabat
 Meja Foto
Menimba minat melalui 
persatuan itu, beliau melonjak kerjayanya dalam beberapa akhbar sebelum menyertai Bernama.
Di Meja Foto, Hafzi yang juga dikenali sebagai  "Abe" turut berkebolehan dalam bidang mengecat dan beliau antara beberapa jurufotografi yang menjalankan kerja-kerja sukarela mengecat ruang legar Meja Foto menjelang sambutan Jubli Emas BERNAMA.
Seorang lagi jurufotografi Bernama, Mazlan Samion turut terpilih menduduki kerusi Exco MPPA pada mesyuarat agung yang berlangsung pada 24 Julai itu.
Mazlan adalah jurufotografi kanan yang pernah beberapa kali memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pencapaian terbaharunya ialah memenangi tempat pertama pertandingan fotografi antarabangsa bertemakan 'Kembara Rohani: Budaya dan Warisan Islam di Asia Tenggara' anjuran Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM).
Beliau membawa pulang hadiah RM5,000 melalui gambar bertajuk "Jalan ke Jannah" yang berjaya memikat para juri.
Meja Foto merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Hafzi dan Mazlan di atas pemilihan mereka. 
Juga diucapkan selamat maju jaya kepada Mazlan yang mulai 1 Ogos lalu memulakan tugasnya di Biro Putrajaya.

Laporan dan foto oleh Editor Foto,  Adnan Jahaya

No comments:

Post a Comment