Setelah berkelana lebih tiga minggu merentasi lima negara, peluang menikmati nasi lemak di Uzbekistan bagaikan pengubat rindu bagi para peserta Kembara Inspirasi Haji (KIH).
Hidangan itu pula bukan sembarangan kerana ia disediakan oleh Duta Malaysia di Uzbekistan Datuk Nor'Aini Abdul Hamid.
Lapan peserta KIH termasuk Ketua Editor Tugasan Bernama News Channel (BNC) Abdul Rahman Ahmad dan jurukamera Ahmad Shahuri Mat Jaan yang lebih dikenali sebagai ‘Awie’ telah membuat kunjungan hormat terhadap Datuk Noraini di pejabatnya jam 11.15 pagi ini.
Mereka telahpun membuat temujanji sebelum memulakan kembara pada 18 Julai lepas.
Datuk Nor'Aini kemudiannya membawa mereka ke kediamannya tidak jauh dari kedutaan.
Menurut Rahman, setelah beberapa ketika di perantauan, para peserta menyebut-nyebut mengenai nasi lemak dan hidangan yang disediakan oleh Datuk Nor'Aini bagaikan “pucuk dicita, ulam mendatang”.
“Ada ayam goreng, rendang daging, sambal ikan bilis, kacang goreng, telur goreng dan telur rebus serta timun,” katanya melalui WhatsApp petang ini. Mereka juga berkenalan dengan suami Datuk Noraini, Hasdi Yusoff.
Pada pertemuan itu, Pengarah Projek KIH, Khir Ariffin telah memberi penerangan mengenai pengembaraan mereka.
Nor’Aini mengucapkan syabas di atas kegigihan yang ditunjukkan mereka memandangkan perjalanan itu penuh dengan cabaran namun dapat dihadapi.
“Saya dan kakitangan kedutaan merasa bangga kerana dapat bertemu dan mengenali semua ahli Kembara Inspirasi Haji ini… dan saya ucap syabas atas kegigihan mereka kerana dapat mengharungi beberapa negara termasuk Uzbekistan bagi mencapai inspirasi yang dicita-citakan dan saya doakan kejayaan mereka untuk tunaikan haji,” katanya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Pertama Kedutaan Mohd Fadzli Mohd Radzi.
Nor'Aini secara simbolik turut melakukan pelepasan kenderaan kembara itu yang akan meneruskan perjalanan ke Turkmenistan.

Para peserta KIH tiba di Tashkent semalam dari Fergana, di mana mereka singgah bermalam selepas memasuki negara itu dari Krgyrztan.
Mereka sudah mencatatkan 10,000km sejak memulakan perjalanan pada 18 Julai dari Kuala Lumpur dengan merentasi Thailand, Laos, China dan Kyrgyzstan sebelum memasuki Uzbekistan.
“Selepas ini Turkmenistan, mungkin bertolak lusa,” kata Rahman.
Ada kira-kira 6,000km perjalanan lagi yang harus ditempuhi meliputi Turkmenistan, Iran dan Dubai di mana mereka akan menaiki pesawat ke Jeddah untuk ke Tanah Suci.
No comments:
Post a Comment