Map from www.farwestchina.com |
Mereka terpaksa menunggu hampir tiga jam di Simhana – pintu sempadan China-Kyrgyztan untuk dibuka setelah meninggalkan Kashgar pada pukul 8.30 pagi.
“OK lepas at last,” kata Ketua Editor Tugasan Bernama News Channel (BNC) Abdul Rahman Ahmad menerusi whatsapp pada pukul 5.30 petang ini.
Mereka tiba di pintu masuk Kyrgyzstan yang terletak 2.5km dari situ pada 5.45 petang.
Selama 17 hari di China, mereka mengembara 7,338 km melalui pelbagai bentuk jalan.
Mereka tiba di pintu masuk Kyrgyzstan yang terletak 2.5km dari situ pada 5.45 petang.
Selama 17 hari di China, mereka mengembara 7,338 km melalui pelbagai bentuk jalan.
“Ada jalannya highway cantik (70-80%), ada highway tak berapa cantik, ada jalan tak berturap, ada jalan batu/pasir, ada jalan kebangsaan, ada jalan kampung... network jalan di sini MasyaAllah cukup banyak,” menurut catatan Facebook KIH.
“Perjalanan kami purata 10-16 jam sehari. Biasanya gerak pagi , sampai dah lewat malam.”
Mereka juga mencatatkan pengalaman memandu ribuan kilometer merentasi Gurun Gobi -- antara gurun terluas di dunia.
“Ada kawasan berpasir nun seluas mata memandang, ada kawasan berbukit batu, ada kering kontang.. Subhanallah.
“Sebahagiannya ada kawasan oil dan gas, ada wind turbine untuk generate electricity, ada kawasan hijau tanam anggur. Alhamdulillah. "Suhu semasa kami lalu sekitar 37-40c sahaja. Tapi dikatakan boleh cecah 55c pada peak Musim panas. Wallahu'alam."
Satu peristiwa menarik yang mereka alami semasa memandu di padang pasir itu ialah berjumpa seorang rakyat Malaysia yang sedang mengayuh basikal.
“Semasa kami memandu merentasi jalan di Gurun Gobi dalam perjalanan ke Utara Benua China ini, tiba-tiba nampak sebuah basikal berkayuh di tengah panas dengan bendera Malaysia.. apalagi, kami pun berhenti la tepi.
“Rupanya beliau pemuda dari Klang, nama Keat, freelance landscape architect yang dah berbasikal dari Malaysia 3 bulan lalu. Target nak sampai Spain dalam masa setahun ni. Berkayuh purata dalam 100km sehari dan tidur berkhemah di mana sesuai, kekadang tidur hostel atau rumah kawan jika ada.
“Kami pun sembang jap, ambil gambar dan teruskan perjalanan.
“Kami doakan terbaik insyaAllah. Bukan mudah woo.. kami yang naik 4x4 ni pun kekadang rasa kematu, ni plak berkayuh basikal, naik turun bukit lagi, angin panas sejuk dan macam-macam dugaan lagi.
No comments:
Post a Comment