Saturday 5 August 2017

Bernama jayakan program CSR...

Bernama tampil menjayakan program tanggungjawab sosial (CSR) dengan memberikan sumbangan kepada 30 keluarga kurang berkemampuan di Rungkup, Perak.
Mereka akan menerima barangan berupa beras, minyak masak, bihun, susu, sos, Milo, kordial dan biskut yang disumbangkan oleh Akrab Bernama serta warga Bernama. 
Sumbangan daripada warga Bernama diterima melalui kutipan yang dibuat pada hari Khamis dan Jumaat lepas.
Program CSR itu dijadualkan diadakan di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk pada hari Khamis 10 Ogos ini.
Ia menyusul Kursus Peremajaan AKRAB anjuran Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM Kampung Gajah dari 8 hingga 11 Ogos.  
“Program CSR ini ialah untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan,” kata anggota jawatankuasa AKRAB Bernama Khairul Annuar Abdul Majid yang terlibat dalam mesyuarat program berkenaan.
“Pemilihan dibuat berdasarkan keluarga tersebut dalam golongan kurang berkemampuan dan dalam senarai e-kasih yg terbaru,” katanya.
Keputusan itu berdasarkan  mesyuarat antara unit psikologi, Bernama dan Pejabat Penerangan Hilir Perak. 
“Program CSR ini adalah untuk menonjolkan peranan AKRAB khasnya AKRAB KKMM yang merangkumi semua AKRAB jabatan dan Agensi,” kata Khairul Annuar.
AKRAB Bernama bertanggungjawab menyediakan barangan/hamper berkenaan hasil sumbangan Bernama, anggota jawatankuasa AKRAB Bernama dan warga Bernama.
“Bernama juga terlibat dalam memberi liputan projek CSR ini melalui Bernama wires, Bernama News Channel dan Bernama Radio,” katanya.




No comments:

Post a Comment