PRAAAPPP ! ranap semua dengan satu balingan, diikuti tepukan gemuruh. Itulah kepuasan utama bermain boling jika strike diperolehi.
Tidak kurang pula sorakan dan gelak ketawa rakan-rakan jika balingan menyusuri longkang.
Jelas kemeriahan dan keseronokan terpancar di wajah peserta semasa berlangsungnya perlawanan boling yang dianjurkan oleh BENITA dua hari lepas.
'Fun Bowling Benita' diadakan saban tahun bagi mengeratkan perpaduan dan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahlinya.
Lapan pasukan telah berentap bagi mendapatkan gelaran juara pada kali ini. Kategori individu juga turut diadakan.
Bukan mudah untuk bergelar juara. Permainan ini memerlukan fokus, skil dan ketenangan ketika hendak membuat balingan.
'Good job' kepada AJK BENITA diketuai Datin Rohana Mustaffa yang berusaha memastikan program berjalan lancar dan teratur, termasuk penyediaan makanan, minuman dan hadiah.
Tiada seorang peserta pun pulang tanpa membawa hadiah. Terima kasih BENITA. Tahun hadapan berjumpa lagi.
Oleh Maznah Abu Bakar, Meja Rencana
No comments:
Post a Comment