Bernama News Channel (BNC) berusaha memperluaskan 'penjenamaannya' dengan menyertai pameran pelancongan anjuran Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA).
Pameran selama tiga hari dari 24 hingga 26 Februari itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.
Menurut BNC, MITA sangat berterima kasih kepada BNC kerana memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan Pameran MITA 2017 kepada rakyat Malaysia.
Hebahan promosi dibuat melalui rancangan "talkshow", "crawler" dan temuramah di Bernama Radio.
Hasilnya, jumlah pengunjung ke pameran itu dianggarkan melebihi 30,000 orang.
"Dalam konteks pameran MITA 2017, kami mendapati masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak menyedari dan mengetahui mengenai penjenamaan semula daripada Bernama TV (BTV) kepada Bernama News Channel (BNC).
"Oleh yang demikian, kami mengambil kesempatan ketika pemeran berlangsung untuk memberi penerangan kepada pengunjung-pengunjung dan sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kewujudan BNC ini.
"Di samping itu, kami juga dapat mempromosikan pakej-pakej media kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk mendapatkan khidmat BNC yang boleh memberikan manfaat kepada pembangunan perniagaan mereka," kata BNC dalam satu kenyataan.
BNC menyatakan ia telah menjalinkan kerjasama yang erat dengan MITA dengan menawarkan strategi-strategi media dalam usaha membangunkan serta memajukan produk dan perkhidmatan pelancongan domestik dalam jangkamasa yang panjang.
Semasa Pameran MITA, BNC berpeluang untuk mempromosikan pakej-pakej yang ditawarkan Bernama kepada pengusaha-pengusaha produk dan perkhidmatan berteraskan pelancongan domestik.
Melalui koloborasi BNC-MITA, BNC berharap agar pendapatannya khusus melalui program baharu dan segmen pelancongan, dapat ditingkatkan selaras dengan pembabitan dan sokongan usahawan-usahawan pelancongan yang berdaftar di bawah MITA.
Inilah kali pertama BNC menyertai pameran bertemakan produk and perkhidmatan pelancongan. Sebelum ini, BNC pernah mengambil bahagian dalam pameran-pameran seperti Perhimpunan Agung Umno 2016, Program Negaraku: Komuniti 1 Malaysia di Pekan, Pahang dan Indian Celebrity Badminton League 2016.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, yang turut mengunjungi 'booth' BNC, memuji kerjasama yang dijalinkan antara BNC dan MITA dalam mempromosikan sektor pelancongan domestik di kalangan rakyat Malaysia dan bakal pelancong dari luar negara seperti China, Korea Selatan dan negara-negara timur tengah.
Beliau berharap agar kerjasama ini dapat diperkukuhkan lagi demi pembangunan sektor pelancongan negara selaras dengan kebolehan dan keupayaan BNC.
No comments:
Post a Comment