Dalam kesibukan mentadbir Bernama, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh meluahkan rasa hatinya yang puitis menerusi paparan di Facebook.
Catatannya mengundang pelbagai komen, kebanyakan menganggapnya sebagai falsafah yang dalam untuk dijadikan pengajaran. Nukilannya:
"Saya terlihat seorang anak lelaki beriya-iya mengupas sebutir bawang besar selapis demi selapis. Dia menyangka ada isi spt buah. Sampai dua lapisan paling dalam dia tampak menyedari tiada apa apa isi di dalam bawang yang dikupas. Air matanya mengalir deras tetapi bukan kerana kesedihan atau kekecewaan, tapi hanya kerana matanya kepedihan. Hmmm, rasanya macam sama dgn dunia ini kalau kita silap bersusah payah mencari dan mengupas hakiki."
No comments:
Post a Comment