Saturday 4 March 2017

Jom derak ke Kenyir...

Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) akan mengadakan program rekreasi 'JOM DERAK KE KENYIR' dari 31 Mac hingga 2 April ini.
Antara aktiviti yang diracang ialah bermalam di dalam bot, lawatan ke taman herba, lawatan ke santuari kelah dan memancing.
Selain itu acara berkayak dan pertandingan foto terbaik juga dicadangkan.
Pengangkutan dan makanan disediakan.
Para peserta dikehendaki berkumpul di perkarangan Wisma Bernama pada 31 Mac jam 8 pagi untuk bertolak ke Kenyir.
Yuran penyertaan ialah RM250 seorang.
Tarikh tutup penyertaan pada 13 Mac 2017 jam 3 Petang. Penyertaan adalah terhad kepada 60 orang.
Taklimat berkenaan program itu akan diadakan pada Jumaat 29 Mac 2017, jam 3.30 petang manakala tempat akan dimaklumkan kemudian.
Ahli KKB dan ahli bersekutu yang berminat dijemput menyertai program ini. 
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. 
Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. 
Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air. 
Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. 
Antara spesies ikan air tawar yang ada ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa. 






No comments:

Post a Comment