“Hakikat puasa itu meletihkan.” Begitulah apa yang ditekankan
oleh Imam Muda Asyraf Ridzuan dalam ceramahnya “Berlapar & Menangis Itu Nikmat” di
Pusat Kecemerlangan Bernama pagi ini.
Juara Program Realiti Imam Muda Astro Oasis Musim Pertama
itu menegaskan bahawa berpuasa di bulan Ramadan bukan untuk menunjukkan
kekuatan fizikal, akan tetapi kekuatan individu melawan bisikan nafsu dalam
diri.
“Semua orang yang berpuasa itu akan berasa letih. Itu
adalah fitrah,” tambahnya.
Imam Muda Asyraf turut menggalakkan umat Islam
membaca doa sebelum berbuka puasa. “Sesungguhnya, Allah dekat dengan orang yang
lapar. Sebab itulah, doa orang yang hendak berbuka puasa
dimakbulkan,” ujarnya kepada lebih 60 orang petugas Bernama yang menghadiri
program berkenaan.
Bila akan berlakunya Lailatul Qadar adalah satu rahsia
Allah SWT. Namun menurut riwayat hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir
Ramadan.
Menurutnya lagi, Allah berhak untuk memasukkan hamba-Nya
ke dalam syurga atas rahmat-Nya. Jadi, walaupun kita merasakan diri kita telah
banyak berbuat dosa, percayalah bahawa rahmat Allah itu sangat luas bagi
hamba-hamba-Nya yang bertaubat.
Ridzuan Mohd
Ghazali
Pusat
Kecemerlangan, BERNAMA
No comments:
Post a Comment