Menu Raya Team Bernama |
Demi
tugas, ketua meja sukan Bernama, Farhanah Azmi berhari raya di perantauan.
Beliau
serta dua lagi rakan -- wartawan Nursyabiha Sukri dan jurufoto Shahrizan Jefri
Aziz kini berada di Glasgow, Scotland untuk membuat liputan Sukan Komanwel.
Ini
merupakan pengalaman pertama bagi Farhanah berhari raya Aidilfitri di luar negara.
“Sebelum
ni Hari Raya Aidil Adha semasa buat liputan Sukan Asia di Guangzhou, China pada
2010 dengan arwah Zulhelmi Supaat,” katanya yang menerima cabaran itu sebagai “pengalaman
yang tidak boleh dapat di mana-mana”..
“Untuk pengubat hati,
saya bawa ketupat nasi segera dan serunding daging.
“Saya beli pek yang
satu kilo dan serunding satu kilo…rasanya bekalan makanan mencukupi, sebab
masing-masing bawa bekalan,
“Saya siap bawa
periuk nasi untuk rebus ketupat tu...hehehe” katanya.
Farhanah berkata mereka
menyewa apartment dan ini memudahkan untuk memasak.
“Puasa
memang memenatkan kat sini. Venue jauh-jauh sangat, cuaca panas tak macam kat Malaysia.
“Mood
raya tak berapa nak ada sebab asyik mengejar berita.
“Bila
buka FB, tengok kawan-kawan update status balik kampung, mula rasa sedih.
“Selain
venue...cabaran lain sukar dapat makanan halal di sini, tak macam kat London,”
katanya.
Mereka
telah berada di sana sejak seminggu lepas.
“Kami
berlepas ke sini 21hb lepas dan sampai Glasgow dalam pukul 11 malam hari yang
sama (waktu Malaysia pukul 6 pagi 22hb).
“Dua
hari juga lah jet lag sebab flight dari Malaysia pagi, so sepanjang penerbangan
tu siang sahaja.
“Kami
kat sini sampai 4 Ogos, insyaAllah 5 Ogos team Bernama sampai KLIA.
Farhanah
berkata beliau ada mendengar Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sambutan
hari raya dengan komuniti Malaysia di sana.
“Kalau
MSN buat sambutan raya, kami akan cuba cari masa untuk raikan sama-sama sebab
masa yang sama event Sukan Komanwel sedang berlangsung…tugasan
diutamakan...hehehe,” katanya.
“Selamat
Hari Raya.. maaf zahir dan batin,” katanya ketika ditanya mengenai ucapannya
untuk kawan-kawan.
“Doakan
semoga kontinjen Malaysia beroleh kejayaan di sini dan juga kepada kami di sini
selamat pulang selepas selesai tugasan,” katanya.
No comments:
Post a Comment