Waktu
berbuka puasa hampir tiba sedangkan barisan pelanggan yang beratur untuk membayar di
kaunter pasar raya itu masih panjang.
Namun
wanita Melayu yang bertugas di kaunter berkenaan tetap tekun mengira harga
barang-barang untuk dibayar oleh pelanggan.
Setelah
seorang demi seorang pelanggan berlalu, tiba giliran seorang lelaki India yang
menyedari waktu berbuka puasa telah masuk.
Beliau
lalu bertanya pekerja wanita itu: “Awak tak buka puasa ke?”
Wanita
itu hanya tersenyum sambil mencapai
barang yang dibeli oleh lelaki itu untuk dikira.
“Tak
apa, saya boleh tunggu..awak buka puasa dahulu,” kata lelaki itu.
Kebetulan
ketika itu lelaki Cina, yang berdiri di belakangnya, mengangguk dan turut
meminta wanita itu berbuka puasa.
Ada
pula pelanggan lain dalam barisan itu menghulurkan air kotak kepada pekerja
kaunter tersebut.
Terharu
dengan sikap para pelanggan berkenaan, pekerja wanita itu pun membongkok di kaunter untuk membasahi tekak dengan minuman.
Setelah
beberapa minit, beliau bangun untuk meneruskan kerja.
Ketika
itu juga, lelaki India berkenaan terpandang mata wanita itu yang berair.
“Inilah
hikmah Ramadhan di negara kita…pekerja itu agaknya begitu tersentuh hati kerana
mereka yang bukan Islam turut bertimbang-rasa terhadap orang Islam yang
berpuasa,” kata Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh yang berkongsi cerita pada mesyuarat penyelarasan mingguan semalam. Cerita itu diterimanya menerusi
WhatsApp.
No comments:
Post a Comment