Bekas editor Bernama Ali
Mamat yang menghidap barah hati hari ini mendapat perhatian dan simpati Kelab
Akhbar Kebangsaan (NPC).
Presiden NPC Mokhtar Hussain ketika menyerahkan sumbangan cek kepada Ali berkata beliau dan anggota NPC sangat bersimpati di atas penyakit yang dialami Ali dan NPC akan cuba membantu sebaik mungkin.
"Kami mendapat tahu Ali masuk ke hospital oleh anak lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur kerana diserang strok selain dia juga menghidap beberapa penyakit lain.
"Sumbangan dari Tabung Kebajikan Wartawan (JWF) yang ditubuhkan NPC ini sedikit sebanyak dapat membiayai perubatannya di hospital berbanding banyak jasa yang ditaburnya dalam mencorak dunia kewartawanan negara ini," kata Mokhtar selepas melawat Ali di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
Mokhtar berkata selain menghidap barah hati, Ali juga mengalami pendarahan kecil di otak selain menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Ali, 63, berkata beliau berterima kasih dan menghargai sumbangan NPC yang sanggup menempuh perjalanan jauh dari ibu negara ke Kuala Terengganu.
Beliau yang terlantar di katil hospital dengan ditemani isteri pertama dan kedua, Maimu Yahaya, 55; dan Aini Abdullah, 40; kini sudah boleh senyum dan bersembang berbanding sebelumnya.
Ali yang bersara dari dunia kewartawanan pada Februari 2007 kini banyak menghabiskan masa bersama keluarga di kampungnya di Dungun.
Sebelum ini, penderitaan Ali, yang pernah menjadi Ketua Biro Bernama Terengganu, mendapat perhatian Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang turut diasaskannya.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment