Anggota-anggota Kelab
Kakitangan Bernama (KKB) menerima kain pelikat sebagai sumbangan kelab untuk
sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Penyerahan sumbangan itu
dibuat di lobi Wisma Bernama bermula 11 pagi.
Menjelang tengah hari,
hampir 70 peratus anggota KKB telah mengambil kain pelikat berjenama popular
itu.
Daripada jumlah itu, seramai
101 anggota adalah kakitangan biro di seluruh negara.
“Kami memilih kain pelikat
sebagai sumbangan Raya kerana ia boleh dipakai dan tahan lama…kalau bagi
makanan, mungkin tak tahan lama,” kata Wan Rady.
Beliau berkata sumbangan
untuk anggota-anggota di biro akan dihantar melalui kurier mulai hari ini.
Presiden KKB ialah Pengurus Besar Datuk Yong
Soo Heong.
No comments:
Post a Comment