”It’s
good to be back home for buka puasa,” tweet saudara Faidz Sanusi yang kini
bertugas dengan Ketua Setiausaha Negara.
Beliau
hadir pada majlis berbuka puasa Bernama di tingkat 9, Wisma Bernama hari ini
yang menyajikan ‘Nasi Haidrabadi’.
Dihidangkan
bersama masakan kambing kuzi, ayam kerisik dan sambal udang, menu itu mendapat
pujian ramai.
“Kita
cuba kelainan tahun ini kerana asyik-asyik nasi beriani,” kata Pengurus Komunikasi
Korporat Puan Zarina Rozali.
Majlis
itu dapat merapatkan silaturahim di kalangan warga Bernama.
Para petugas dari setiap bahagian – editorial, pentadbiran, pemasaran, Bernama TV, Bernama Radio24 dan Bessar hadir pada majlis itu.
(Foto-foto Bernama dan kolaj foto persendirian)
No comments:
Post a Comment