Lega Pengurus Komunikasi
Korporat Puan Zarina Rozali kerana Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi
dan Multimedia (KKMM) yang dihoskan Bernama semalam berjalan lancar.
“Selesai satu bab, kita
bersedia untuk bab lain,” katanya pagi ini.
Persiapan untuk menganjurkan
majlis itu mencabar kerana ia dimaklumkan hanya dalam masa seminggu.
Mesyuarat penyelarasan
dengan pihak kementerian serta Jabatan Penerangan diadakan untuk membincangkan
antara lain mengenai tempat, sistem siaraya dan koir.
“Terima kasih kepada semua
yang menjayakan majlis itu,” kata Zarina.
Beliau mengambil peluang
daripada tanggungjawab yang diberikan kepada Bernama itu untuk menampilkan
petugas-petugas baru bagi berganding bahu dengan petugas lama.
“Ramai staff baru
kita libatkan sama untuk tugas menjadi penyambut tetamu,” katanya.
Majlis perhimpunan yang
diadakan di Dewan Serbaguna, Aras B1, KKMM itu disusuli Majlis Berbuka Puasa di
Anjung KKMM.
Selain nyanyian lagu
‘NegaraKu” dan Perkhidmatan Awam, perhimpunan itu diisi dengan tayangan klip
video sorotan aktiviti KKMM bagi bulan Mei dan Jun lepas serta amanat menteri
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Kita adakan live
streaming ucapan menteri yang boleh disaksikan di seluruh dunia melalui
portal kita. Inilah antara keistimewaan yang kita ketengahkan memandangkan kita
telah berjaya melakukan live streaming semasa Menteri Penerangan Oman
melawat Bernama April lepas,” katanya.
Seramai 40 orang yang
menyambut hari lahir pada bulan Jun dan Julai juga ‘naik pentas’ untuk menerima
cenderahati daripada Datuk Seri Ahmad Shabery.
Timbalan menteri Datuk
Jailani Johari serta Ketua Setiausahaha KKMM Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad
Radzi turut hadir.
Dalam ucapannya, Ahmad
Shabery berkata warga kementerian perlu bijak dan mampu berkomunikasi dengan
lebih berkesan.
"Apalah erti sebagai kementerian komunikasi jika tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan dan jika itu berlaku, ia boleh dianggap satu kegagalan," katanya.
Beliau juga berkata kementerian perlu berupaya memberi idea baharu dan bertindak sebagai penggerak komunikasi agar ia dapat dihebah serta diterjemah dengan lebih berkesan.
Ahmad
Shabery merakamkan penghargaan kepada Bernama kerana menjadi hos perhimpunan
bulanan itu yang dipertanggungjawabkan secara bergilir-gilir di kalangan agensi
dan jabatan di bawah KKMM.
"Apalah erti sebagai kementerian komunikasi jika tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan dan jika itu berlaku, ia boleh dianggap satu kegagalan," katanya.
Beliau juga berkata kementerian perlu berupaya memberi idea baharu dan bertindak sebagai penggerak komunikasi agar ia dapat dihebah serta diterjemah dengan lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment