Wednesday, 16 July 2014

Berbuka puasa bersama CIMB...


Bagi menghargai hubungan dengan pihak media,   CIMB Bank menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama petugas BERNAMA di Wisma Bernama petang ini.
Beberapa pegawai bank itu hadir pada majlis berkenaan.
Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh serta para pegawai kanan Bernama turut hadir meraikan tetamu.
Majlis itu diadakan selang dua hari media melaporkan mengenai cadangan penggabungan CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB).
Penggabungan itu akan mewujudkan sebuah bank sejagat dengan pelbagai kelebihan persaingan dalam segmen yang strategik.

No comments:

Post a Comment