Berkereta
menyusuri jalan-jalan utama Kuala Lumpur pagi ini begitu selesa sekali.
Dalam
suasana hari kedua sambutan Aidilfitri, kenderaan di ibu negara amatlah berkurangan berbanding
hari-hari bekerja biasa. Bagi penduduk bandaraya yang saban hari terpaksa
mengharungi jem di jalan raya, inilah
satu keseronokan.
Walaupun
berhari raya di kampung lebih menyeronokkan, namun bagi mereka yang tiada kampung
untuk pulang, Kuala Lumpur-lah menjadi kampung dalam kepesatan pembangunannya.
Foto BERNAMA |
Jerebu
yang menyelubungi ibu negara pagi ini tidak menghalang orang ramai terutama
pekerja warga asing mengunjungi pusat membeli-belah serta tempat tumpuan
seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC),
Bagi
menyimpulkan rasa seronok berhari raya, catatan bekas stringer Bernama di Kelantan, Ramli
Abdul Halim dalam akaun Facebooknya menarik perhatian:
“Raya sekarang tak
meriah kerana antara keluarga dan rakan-rakan tak terpisah macam dulu lagi.
Sekarang ni walaupun duduk berjauhan terasa dekat kerana maklumat mudah
diperolehi melalui telefon genggam dan Facebook. Apa-apa berita pun boleh
terima dalam tempoh yang singkat. Gambar pun boleh ditengok, malah berbual
secara langsung pun boleh. Dulu jumpa dan dapat maklumat tentang keluarga dan
rakan-rakan hanya bila raya atau bila ada kenduri. Seronok tu lain macam.”
Foto BERNAMA |
Benarlah
kata beliau, keseronokan tetap dirasai tetapi keadaan berlainan.
Dengan
penggunaan WhatsApp, para editor Bernama dapat berkongsi maklumat walau di mana
mereka berada untuk sambutan Aidilfitri.
Sebagaimana
hidangan raya, cuaca juga beraneka menjelang tengah hari Raya kedua ini.
“Hujan
lebat…dan basah di Sungai Petani…” kata Datuk Zakaria Abdul Wahab pada pukul 11.41pagi.
Jalan Masjid India |
“Seremban
hujan lebat, alhamdulillah..setelah hampir berbulan tidak dibasahi air langit..,” kata Massita Ahmad pada pukul 12.25 tengah
hari.
Dua
minit kemudian, orang kuat Bernama Radio24, Hakimi Mohd Zain menyatakan: “Shah
Alam jerebu…sampai Teluk Intan nanti saya update.”
Ketika
itu juga menyusuri Jalan Masjid India – lubuk jualan bazar hari raya, masih ada gerai
menjual pakaian, perhiasan dan kelengkapan raya walaupun tidak sesibuk suasana
menjelang Aidilfitri.
“Ipoh
clear…no jerebu” kata Ahmad Kamal Dahalan pada 12.37 tengah hari.
“Penang
hujan,” Azeman Ariffin pula mencelah seminit kemudian.
“Segamat
hujan…” kata Harlina Samson pada 12.39 tengah hari.
“Di
Sg Petani hujan dah berhenti tapi langit masih mendung,” kata Ketua Pengarang Datuk
Zulkefli Salleh pada waktu yang sama.
Sebagaimana
Datuk Zakaria, beliau juga memuat naik foto hidangan Raya yang membuka selera.
“Jerebu
di Kelana Jaya, Petaling Jaya…dlm rumah pun mata rasa pedih…” kata ‘anak Kuala
Lumpur’ Nor Faridah Abdul Rashid, yang berhari raya di rumah kakaknya, pada
pukul 12.43 tengah hari.
Lima
minit kemudian, Harlina yang berkereta dari selatan tanahair menyatakan: “Aliran trafik di Simpang Ampat dari arah Alor
Gajah /Tampin menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan dan Rembau sesak. Baru lepas
hujan…”
Namun
setengah jam kemudian, perjalanannya di lebuhraya itu sekali lagi meredah hujan
tetapi aliran trafik ke utara dan selatan berjalan lancar.
“But
R&R and fuel stations are crowded for pit-stop.”
Bernama tetap dalam kenangan. Bernama adalah sekolah saya dalam mengenali dunia, terutama dunia media.
ReplyDelete