Zulkarnain (kiri) dan Shahrizan semasa Syawal 2013 |
Bekerja
semasa Hari Raya “sudah lali” bagi petugas media.
Kali
ini pun, beberapa wartawan dan jurufoto Bernama beraya di luar negara, jauh
dari keluarga dan sahabat handai kerana bertugas.
Di
kalangan jurufoto, Zulkarnain Kamaruddin, 41, kini berada di Belanda untuk
tugasan tragedi pesawat Malaysia Airlines serta Shahrizan Jefri Aziz, 33, di
Scotland untuk liputan Sukan Komanwel.
Zulkarnain,
yang menyertai Bernama pada tahun 2003 sebagai jurukamera Bernama TV berkata
bekerja pada 1 Syawal bukan sesuatu yang baharu baginya.
Beliau
pernah berkhidmat dengan TV3, Metrovision dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Shahrizan
yang sudah berkhidmat dengan Bernama selama 11 tahun, berkata beliau juga tidak
berasa apa-apa jika perlu bertugas pada Hari Raya.
“Kata
orang, alah bisa, tegal biasa…tak ada nak nangis atau sedih,” katanya ketika
ditanya untuk blog ini Syawal tahun lepas.
Tahun
ini, rakan-rakan di FotoBERNAMA tampil bergaya dengan video Raya yang
menyerlahkan daya kreatif mereka.
Sememangnya,
mereka tidak melupakan Zulkarnain dan Shahrizan dalam persembahan video ini.
http://youtu.be/VQusavwsQW8
No comments:
Post a Comment