Foto BERNAMA |
Hari
ini 1 Syawal namun organisasi media seperti Bernama tetap beroperasi walaupun
cuti umum sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Tidak
ada istilah “tutup pejabat” bagi Bernama yang beroperasi tanpa henti sejak
memulakan perkhidmatan pada 20 Mei, 1968.
Sama
ada cuti umum untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau hari kelepasan
am yang lain, operasi pemberitaan Bernama perlu diteruskan.
Apatah
lagi keluarga Bernama yang berkembang dengan adanya perkhidmatan radio dan
televisyen.
Bagi
menghargai para petugas yang bekerja, majlis Hari Raya Aidil Fitri diadakan
di Wisma Bernama.
Selain
ketupat dan lemang serta rendang daging dan ayam, nasi beriani, mi kari dan nan turut disediakan di lobi bermula pukul
10.30 pagi hingga 4 petang -- sejam lebih daripada jadual.
Foto BERNAMA |
Suasana
bertambah ceria dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek yang berkunjung ke Wisma Bernama untuk mengucapkan “Selamat
Hari Raya” kepada warga Bernama yang bertugas.
Selain
Bilik Berita di tingkat satu, beliau melawat tingkat tiga untuk bertemu petugas
Bernama TV serta naik ke tingkat 15 untuk ditemubual oleh Bernama Radio24.
Pengurus
Besar Datuk Yong Soo Heong mengiringi Datuk Seri Ahmad Shabery sepanjang
kunjungannya itu.
No comments:
Post a Comment