Mesin
itu yang beroperasi 24 jam ditempatkan di lobi Wisma Bernama.
Resit
bagi membuktikan pemulangan buku turut disediakan.
Ramai
yang tertarik dengan penggunaan Bookdrop semasa sesi pengenalan
dijalankan dari 2 hingga 3 petang ini.
InfoLib
turut mempromosi penggunaan mesin Self Check Kiosk yang
telah mula digunakan pada 24 Jun lepas.
Kiosk
itu ditempatkan di InfoLib di tingkat 11.
Sempena
pengenalan Bookdrop itu, InfoLib mengadakan kempen menambah keahlian
menggunakan system baru Mykad.
Sejak
24 Jun lepas, seramai 128 petugas telah menjadi ahli.
Promosi
penggunaan World E-book Library juga diadakan.
1. LoginID Portal InfoLibNews (infolibnews.bernama.com)
3. Klik Icon World eBook Library
4. Pilih Bahan Bacaan (Save/Print)
InfoLibNews
Hotline: 202
Pengurus
InfoLib Puan Hasnita Ibrahim berharap penggunaan kemudahan itu akan
meningkatkan pinjaman buku InfoLib.
“Kita
harap dapat mengatasi jumlah 4,000 pinjaman tahun lepas yang merupakan
pencapaian terbaik setakat ini,” katanya.
Di
samping kemudahan itu, banyak buku baharu disediakan oleh InfoLib untuk menarik
minat pengguna.
InfoLib
turut mengedar bubuk lambuk semasa sesi promosi itu bagi merapatkan silaturahim
sempena bulan Ramadan.
No comments:
Post a Comment