Foto BERNAMA |
Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merakamkan penghargaan
kepada pasukan media Malaysia yang tabah membuat liputan nahas pesawat Malaysia
Airlines MH17 walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
Kesanggupan
mereka menyahut cabaran itu tanpa dipaksa menunjukkan sikap professional mereka
yang tinggi, katanya ketika ditemubual Bernama Radio24 dalam kunjungannya ke
Wisma Bernama sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Ketua Meja Jenayah Bernama
Mohd Razman Abdullah dan jurufoto Zulkarnain Kamaruddin adalah antara tujuh
wakil media dalam delegasi Pasukan Siasatan Dan Pengurusan Pasca Tragedi itu
yang berlepas ke Kiev, Ukraine dengan penerbangan khas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) pada 18 Julai lepas. Lima yang lain dari Radio dan
Televisyen Malaysia (RTM) serta Jabatan Penerangan.
Razman dan Zulkarnain, yang
pada mulanya dijadual pulang dari Kiev pada 25 Julai, kini berada di Belanda setelah misi pasukan
itu diteruskan ke negara berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dijadual berlepas ke Belanda pada hari Rabu ini untuk
berbincang dengan rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague mengenai tragedi MH17
yang terhempas di Ukraine. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh
pada 17 Julai.
Foto BERNAMA |
Foto BERNAMA |
Menurut
Razman, suasana sambutan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di The Hague
boleh digambarkan sebagai suram.
Tiada
lagu 'Hari Raya' atau hiasan yang menunjukkan ada sambutan perayaan kecuali
solat sunat Aidilfitri.
"Aidifitri
di sini disambut dalam suasana sugul sebagai menghormati tragedi pesawat
Malaysia Airlines MH17," kata Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Dr
Fauziah Mohamad Taib..
Solat
sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Putrajaya Abdul Manaf Mat
yang menyertai misi pasukan pasca tragedi itu.
Dalam
temubual itu, Ahmad Shabery berkata pembatalan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
2014 anjuran jemaah menteri dan kebanyakan negeri susulan tragedi MH17 dan
MH370, menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa Malaysia sedang berduka.
Keputusan
membatalkan majlis yang sinonim dengan sambutan perayaan di Malaysia itu
dilihat tindakan wajar sebagai menghormati penumpang dan anak kapal kedua-dua
penerbangan serta keluarga mereka.
"Kita
nak memberitahu dunia bahawa orang Malaysia berduka, orang Malaysia
bersedih," katanya.
Penerbangan
MH17, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine
berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat
Boeing 777-200 itu, yang membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak
kapal, dipercayai ditembak jatuh namun setakat ini, tiada pihak mengaku
bertanggungjawab melakukan tindakan kejam itu.
No comments:
Post a Comment