Pita teleprinter menjadi ilham yang memenangi pertandingan logo Bernama pada tahun 1975.
Walaupun teleprinter kini menjadi bahan sejarah, logo rekaan Penolong Pelukis Rekabentuk di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Encik Shahnan Abdullah tetap sebati dengan Bernama yang akan menyambut jubli emas Mei ini.
Sebanyak 264 penyertaan diterima dari seluruh negara bagi
peraduan itu yang menawarkan hadiah RM1,000 bagi pemenang pertama.
Encik Shahnan dilaporkan berkata ilham itu datang pada saat-saat akhir sebelum tarikh peraduan ditutup 30 April 1975.
Beliau telah mengambil beberapa helai pita teleprinter dan cuba mereka sesuatu daripadanya.
Pita itu dilipat menjadi huruf 'B' dan ini mencetuskan ilham untuknya mereka logo itu.
Warna biru dipilih sebagai latarbelakang bagi mencerminkan perpaduan.
Pengerusi Bernama Lorrain Esme Osman, yang juga pengerusi jemaah hakim, menyampaikan cek hadiah bernilai RM1,000 kepada Encik Shahnan dalam satu majlis di Bernama.
Pada majlis itu, Pengurus Besar Bernama Encik Dol Ramli (kemudian Tan Sri) berkata logo itu akan melahirkan semangat bersatu-padu dalam pertubuhan ini dan mencerminkan operasinya.
Ia akan digunakan pada kepala surat Bernama, kenderaan serta pelbagai kegiatan agensi berita ini.
Logo baharu itu menggantikan logo lama yang digunakan sejak awal operasi Bernama. Ia mempunyai perkataan 'bernama' menggunakan warna jingga.
Kepesatan teknologi telah menjadikan alat-alat seperti mesin teleprinter, yang dahulunya digunakan untuk menyalur berita kepada pelanggan, dan mesin taip kini ketinggalan zaman.
Bagi memulihara 'perkakas' lama yang digunakan wartawan seperti mesin taip, alat perakam suara serta telefon, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab telah mengambil inisiatif menjadikan ruang menunggu di tingkat satu sebagai galeri pameran peralatan berkenaan.

No comments:
Post a Comment