Monday 16 January 2017

Fikirkan nama sesuai...

Apakah nama sesuai bagi sistem editorial Bernama yang baharu?
Persoalan itu dilontarkan oleh  Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Muhammad  Adam Jayabalan yang meminta cadangan dikemukakan bagi sistem baharu itu.
“Semasa membuat tender, kita tidak memberikan nama untuk sistem baharu ini dan kalau boleh, kita nak ada nama,” katanya pada mesyuarat penyelarasan mingguan hari ini.
Buat masa ini, ia dirujuk sebagai Sistem Editorial Bernama (SEB).
Sistem itu, yang dijangka dimulakan awal Mac ini, menggantikan Bernama Editorial System Terminal (BEST).
Sesi "User Acceptance Test"  (UAT)  sedang dijalankan bagi membolehkan pengguna mengenal pasti keperluan dan aliran kerja.
Muhammad Adam berkata nama yang dicadangkan itu seharusnya mempunyai singkatan menarik sebagaimana ‘BEST’.
Logo juga boleh diletakkan untuk sistem baharu itu.
Dengan adanya nama berkenaan, usaha mendapatkan sijil SSL (Secured Site Layer) daripada pembekal sijil akan lebih mudah.
Perbezaan utama sistem baharu dengan BEST ialah ia menggunakan 'web browser' manakala sistem lama menggunakan 'desktop aplication'.
Sistem baharu itu boleh dibuka sama ada di komputer, tab atau telefon bimbit dan hanya perlu mempunyai akses internet tanpa perlu memasang aplikasi kepada peralatan tersebut.
Ia juga boleh menyertakan gambar dalam 'laporan berita' sebagai rujukan kepada  pelanggan berbanding BEST yang hanya menyediakan teks berita.

No comments:

Post a Comment