Tuesday 10 January 2017

Jom sertai koperasi Bernama...

Salam Sejahtera YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan

Dengan ini dimaklumkan bahawa BERNAMA telah mewujudkan Koperasi BERNAMA Berhad (KBB) yang bertujuan menjana pendapatan melalui pelaburan dan program keusahawanan yang memberi faedah kepada kebajikan petugas dan pesara BERNAMA. Keanggotaan KBB adalah terbuka kepada semua petugas BERNAMA, BESSAR, BERNAMA Radio, BERNAMA News Channel, bekas petugas dan Pesara.

Sehubungan itu pihak Pengurusan amat menggalakkan semua petugas BERNAMA untuk menjadi anggota KBB. Yuran keanggotaan adalah sebanyak RM50.00 dan Modal Syer Permulaan adalah sebanyak RM100.00 (minimum). Yuran keanggotaan serta Modal Syer Permulaan tersebut boleh dibayar secara ansuran bulanan melalui potongan gaji.
Borang Permohonan dan Surat Kebenaran Potongan Gaji yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Penolong Setiausaha KBB, Puan Siti Kadtijah Binti Hamid. Sekiranya YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan mempunyai pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Siti Kadtijah Binti Hamid di sambungan 550.

Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA  




No comments:

Post a Comment