Monday 23 January 2017

Pewarta Antara perkenal diri...

Pewarta baharu agensi berita Indonesia, Antara,  Agus Setiawan berharap dapat bekerjasama dengan para editor serta warga Bernama.
Hasrat itu dinyatakan dalam ucapan ringkasnya semasa bertemu dengan para editor Bernama di bilik mesyuarat Jabatan Pengarang hari ini.
Beliau telah dipelawa oleh Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab untuk memperkenalkan diri sebelum mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama.
Datuk Zakaria turut memperkenalkan ahli-ahli mesyuarat yang mewakili pelbagai jabatan, bahagian dan unit kepada saudara Agus.
Sebelum ditugaskan ke Kuala Lumpur, saudara Agus pernah berkhidmat di Makassar selama tiga tahun dan Manado selama empat tahun.
Beliau berasal dari Surabaya, Jawa Timur.
Menurutnya, beliau telah berada di sini sejak empat bulan lepas menggantikan Aulia Badar yang kembali ke ibu pejabat Antara di Jakarta.
Antara mempunyai pejabat di tingkat lima Wisma Bernama manakala biro Bernama Jakarta ditempatkan di Wisma Antara.                                                                               

No comments:

Post a Comment