Majlis Malam Media 2016 berlangsung dalam suasana meriah di Ipoh malam ini dengan menghimpunkan lebih 150 pengamal media di negeri itu.
Majlis anjuran Persatuan Pengamal
Media Negeri Perak itu diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Menteri Besar dalam ucapannya menghargai
sumbangan media yang sentiasa memberi kerjasama baik terhadap kerajaan negeri.
Katanya kerajaan negeri mengambil
pendekatan memberi kerjasama kepada media dalam apa jua keadaan termasuk
memberi respon sebaik mungkin walaupun melibatkan isu-isu negatif yang
dilaporkan media.
“Kita tidak menghalang atau menyekat
mana-mana media membuat liputan di negeri ini walaupun mereka membuat laporan
yang berunsur negatif terhadap kerajaan negeri. Tak pernah terjadi kita halang
sesiapa daripada membuat liputan sidang media.
“Inilah demokrasi yang kita amalkan di
negeri ini. Paling penting adalah kita mempunyai kerjasama yang baik dengan
pengamal media,” katanya ketika berucap merasmikan majlis makan malam media di
Hotel Casuarina@Meru Ipoh.
Turut memeriahkan majlis adalah dengan
kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak; Pengarang KOSMO,
Datuk Baharom Mahusin; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA),
Datuk Zakaria Abd Wahab; Pengarang Eksekutif Berita/Rencana/Digital BH, Datuk
Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Timbalan Pengarang Kumpulan The New Straits Times
(NST), Yushaimi Yahya; Pengarang Sunday Star, Esther Ng dan Penolong Pengarang
Berita Sinar Harian, Najwa Ghazali.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Ghazali Jalal,
barisan Exco, dan Pengerusi PPMP, Sayed Hesham Syed Idris
Pada majlis itu, hampir kesemua media
pulang dengan 60 pelbagai hadiah barangan eletrik yang dimenangi melalui
cabutan bertuah.
Antara hadiah utama adalah IPhone 7,
komputer riba Microsoft surface, televisyen 40’in, peti sejuk, mini bar, mesin
basuh, ketuhar, set home theatre, pengisar makanan, kipas angin, dapur masak,
basikal, tiket penerbangan ke Bangkok dan Jakarta dan tiket dan penginapan
bernilai RM1,000 daripada Lost World of Tambun.
Majlis tersebut bertambah istimewa dengan
anugerah istimewa iaitu ‘Wartawan Otai’ yang diberikan khusus kepada pengamal
media berpengalaman yang sehingga kini tidak jemu melaksanakan tugas
masing-masing.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut
melakukan gimik pelancaran Tahun Melawat Perak 2017.
Persembahan daripada Kumpulan Selendang
Perak, dan Kombo MBI turut memeriahkan suasana di samping persembahan nyanyian
dari pengamal media sendiri.
No comments:
Post a Comment