Program Orientasi Petugas Baharu 2017 bermula hari ini dengan 33 peserta termasuk enam dari Bernama Radio -- tambahan dari senarai awal.
Pusat Kecemerlangan dan Latihan, yang mengendalikan program dua hari itu, sebelum ini menyenaraikan 27 petugas baharu.
Mereka berkhidmat di pelbagai bahagian/jabatan di Bernama seperti Jabatan Pengarang, Pusat Maklumat & Perpustakaan, Kewangan & Akaun dan Jabatan Niaga.
Sesi hari ini meliputi pengenalan oleh unit komunikasi korporat, sumber manusia dan Jabatan Niaga.Puan Hasnita memberi taklimat mengenai Akrab |
Keseluruhan sesi hari ini berjalan lancar, kata seorang pegawai Pusat Kecemerlangan.
"Peserta diberi pelbagai maklumat berguna yang perlu diketahui oleh mereka.
"Tenaga pengajar bijak menjadikan slot mereka menarik.
"Para peserta dilihat begitu gembira mengambil bahagian dalam acara yang disediakan tenaga pengajar," katanya.
Esok, program diteruskan dengan sesi bersama Jabatan Kewangan, perpustakaan serta unit-unit pentadbiran lain seperti latihan, sistem kualiti pengurusan dan teknologi maklumat.
No comments:
Post a Comment