Bernama
perlu menjaga kredibiliti agar terus mendapat kepercayaan sebagai pertubuhan
media, kata Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh.
Beliau
berkata banyak media cetak mengalami penurunan edaran (circulation),
banyak yang hilang kredibiliti dan tidak dipercayai.
Malah
di Amerika Syarikat laporan media juga dipertikaikan.
Dalam
pemilihan presiden baru-baru ini, media dilihat seolah-olah berbohong dalam
laporan mereka.
“Kita
harus menjaga kredibiliti kita supaya menentukan kebergunaan kita,” katanya
pada sesi pembentangan laporan pematuhan petunjuk prestasi utama (KPI) suku
tahun keempat 2016 hari ini.
Beliau
bimbang kredibiliti itu hilang apabila media cetak tidak lagi melanggan berita
Bernama kerana tidak berpuashati dengan perkhidmatan kita terutama dari aspek
kecepatan dan ketepatan.
Bagaimanapun
dalam suasana industri media banyak mengalami perubahan drastic, beliau berkata
pada keseluruhannya, Jabatan Pengarang telah mencapai sasaran KPI.
Ketua
Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab turut hadir.
Datuk
Zulkefli berharap setiap jabatan saling membantu dalam menjana pendapatan bagi
Bernama.
“Tahun ini merupakan tahun jubli emas
Bernama…kita bercadang mengadakan sambutan secara meriah tetapi tidak
semestinya mahal,” katanya.
Foto-foto oleh Mohd Nadzli Zainal Abidin (Unit Sistem Pengurusan Kualiti)
No comments:
Post a Comment