Wednesday 11 January 2017

Al-Fatihah...

Wartawan Mohd Faizal Hassan mengimbau kenangan semasa membuat liputan di Sarawak dan berkesempatan bertemu Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia hari ini.
Gambar ini diambil usai proses membuang undi sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun lepas.
Berkampung di Sarawak hampir sebulan dan selalu bertemunya sama ada dalam nota serious, mengusik dan bergurau.
Ada satu masa beliau berseloroh: "Wow more reporters than candidates ".
Ringkas tapi mencuit hati. Merupakan pemimpin yang tiada tolok pengganti. Sangat hebat.
Hari ini, pada usia 72 tahun, beliau pergi menemui penciptanya dan meninggalkan legasi hebat yang semestinya bakal dikenang semua lapisan masyarakat khasnya di Sarawak.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan, Kuching.
Tenanglah wahai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, moga ditempatkan di kalangan orang beriman dan diletakkan syurga yang tertinggi InsyaAllah.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment