Foto para petugas Keretapi
Tanah Melayu (KTM) berusaha membaikpulih landasan yang rosak akibat banjir di
Segamat menjadi pilihan akhbar The Star untuk muka depannya hari ini.
Foto yang dirakam
jurufotografi Shaifuldin Ahmad itu merupakan antara foto-foto yang dikeluarkan Bernama sekitar banjir
yang melanda seluruh negara.
Ketua Pengarang Datuk
Zakaria Abdul Wahab menarik perhatian mengenai foto itu semasa mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan, yang pertama tahun ini, dipengerusikan Pengurus Besar
Datuk Zulkefli Salleh.
Penggunaan foto dan berita Bernama yang
semakin meningkat di kalangan pelanggan media menunjukkan “kita menghampiri
kepada keperluan mereka,” katanya.
“2016 merupakan kecemerlangan
yang tinggi dari segi liputan,” katanya.
Antara liputan berkenaan
ialah pilihan raya negeri Sarawak, persidangan Asean dan acara sambutan kemerdekaan.
Sambutan juga melonjak dari
segi penggunaan media sosial oleh Bernama untuk menyalurkan berita dan
maklumat.
“Ini merupakan peluang
terbaik untuk kita bersaing di media sosial,” katanya dan berharap keupayaan
ini dapat dikembangkan dengan perkhidmatan baharu Bernama Multimedia News
Centre (BMNC).
Sasaran yang diletakkan ialah
mendapatkan 1 juta pengikut (followers) bagi Twitter Bernama tahun ini.
Ketika ini, pengikut Twitter
Bernama mencecah 520,000 orang.
Beliau berkata Jabatan
Pengarang akan berusaha membuat peningkatan dari segi liputan serta kualiti
berita.
“Umumnya saya tak bagi ‘A’
tapi ‘B’ bagi tahun 2016,” katanya.
Pengurus Kanan Perkhidmatan
Media dan Pengkalan Data, Puan Rita Gomez berkata ada akhbar yang telah
menggunakan infografik Bernama untuk muka depannya.
“Memang
ada penggunaannya dan ini harus diteruskan,” katanya.
No comments:
Post a Comment