Minat
memasak dan berniaga mendorong wartawan Norhayati Mohd Akhir menjadi “usahawan
sambilan”.
“Meniaga
kali pertama di Bernama semalam sebagai 'pilot test'. Hasil feedback
yang kami dapat, kami jadikan sebagai rujukan dan akan tambah baik menu kami
jika ada peluang berniaga lagi di Bernama,” katanya.
Beliau
dan kawan serumah Nadia Zaman dari Bernama News Channel menyertai Mini Showcase
Ong Mali anjuran Koperasi Bernama Berhad (KBB) di lobi Wisma Bernama semalam.
Mereka menjual laksa dan nasi kerabu.
“Saya
dan Nadia serta Dayana Nabila (jurufoto) memang minat berniaga… Alhamdulilah
jumpa kawan-kawan yang ada minat berniaga,” kata Norhayati yang berhasrat
mempelajari lebih banyak lagi dari segi memasak.
“Kami
bercadang mendapatkan tapak untuk meniaga di bazar Ramadhan berhadapan Wangsa
Walk tahun ini, insyaAllah,” kata beliau yang mengambil cuti untuk berniaga
semalam.
“Ketika
housemate maklum pasal nak berniaga di Bernama, saya di kampung …maka
saya ambil resepi dari ibu saya ketika itu.
“Sebelum
ini pun jika ada peluang berniaga, saya akan ambil cuti, nak tambah pendapatan
selain hobi.
“Rasa
berdebar juga jual di pejabat sebab pelanggan adalah bos dan kawan-kawan serta
rakan sekerja lain,” katanya.
Tahun
lepas,beliau berniaga nasi daging utara dan potato spring pada Pesta Konvo Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) – universiti tempat beliau menuntut.
“Saya
juga tolong ibu Dayana niaga dekat bazar Ramadhan jika ada masa lapang,” kata
anak bungsu dari lima adik beradik itu.
Minat
berniaga juga disebabkan ibunya sebelum ini menjual nasi kerabu dan kuih muih
setiap hari termasuk bulan Ramadhan.
Bagi
Mini Showcase itu, Norhayati dan Nadia mula membuat persediaan pagi Isnin
dengan membeli barang-barang segar di Seri Ternak, Selayang.
“Persediaan
laksa dan nasi kerabu agak renyah sikit…Ulam-ulaman seperti pucuk putat, daun
serlom dan pucuk serai kayu saya bawa dari kampung.
“Tempoh
persediaan agak lama kerana memasak laksa dan nasi kerabu ada pelbagai
peringkat (rebus ikan, asingkan isi dan tulang, kisar ikan …).
“Untuk
birukan warna nasi kerabu, saya guna bunga kacang telang yang saya bawa dari
kampung,” kata Norhayati yang menyertai Bernama pada 2010.
“Saya
memang tidak terlintas untuk jadi wartawan….saya lulusan UIAM dalam bidang
Perhubungan Awam pada tahun 2008.
“Pekerjaan
pertama saya adalah 'Market Research Exec' di sebuah syarikat
swasta selama tiga tahun.
“Ketika
menjawat jawatan itu, saya mencuba mengisi borang jawatan kosong Bernama
sebagai Pegawai Berita. Dan saya tidak sangka rezeki saya di sini,” kata beliau
yang berasal dari Kedah.
Penolong
Setiausaha KBB Siti Kadtijah Hamid berkata maklum balas yang diterima daripada para
peserta amat menggalakkan.
“Jualan
macam pisang goreng,” katanya.
Ia
menampilkan 10 penyertaan yang menjual produk seperti makanan (sandwich,
spaghetti, rendang ayam, nasi kerabu, laksa) barangan masakan (rempah ratus,
ikan pekasam, sos pasta dan lain lain), pakaian, kain pasang, kain songket dan produk kecantikan.
Acara
itu merupakan aktiviti bulanan koperasi.
“Objektifnya
ingin membantu ahli ahli koperasi/petugas Bernama untuk menjana pendapatan
sampingan di samping menyemai semangat keusahawanan,” katanya.
Penyewaan
juga dibuka kepada pihak luar bertujuan mempromosikan koperasi Bernama kepada
usahawan luar.
Produk
yang didapati berkualiti akan ditawarkan untuk dijual di kedai koperasi di
tingkat 8, Wisma Bernama.
No comments:
Post a Comment