Foto FIFA |
Berita 'one-liner’ Bernama itu
dikeluarkan pada 2.35 pagi ini sejurus selepas pengumuman dibuat
pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).
Bernama melanjutkan operasi selepas 12 tengah malam
bagi melaporkan keputusan Anugerah itu yang ditunggu-tunggu rakyat
Malaysia.
Penyerang Pulau Pinang
berusia 29 tahun itu mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama memenangi
anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary dan
Real Madrid, Ferenc Puskas, yang beraksi cemerlang pada tahun
1950-an dan 60-an.
Subri Kader (baju biru) dan Saadiah Ishak (paling kiri) Foto Bernama |
"Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa
saya akan mencapai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini," katanya selepas menerima anugerah daripada bekas penyerang sensasi Brazil Ronaldo.
Foto Bernama |
Cristiano Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016.
Dalam keriangan menjelang pengumuman keputusan itu, Bernama turut membuat liputan di rumah keluarga Mohd Faiz di Kampung Pida 6, Tok Kepak di Ayer Hitam, Jerlun.
Dalam keriangan menjelang pengumuman keputusan itu, Bernama turut membuat liputan di rumah keluarga Mohd Faiz di Kampung Pida 6, Tok Kepak di Ayer Hitam, Jerlun.
Kira-kira 300 penduduk kampung mula memenuhi perkarangan rumah itu sejak tengah malam tadi bagi mengikuti pengumuman melalui skrin layar yang dipasang di luar rumah bapanya, Subri Kader, 64.
Semakin ramai penduduk kampung dan sekitarnya memenuhi kawasan rumah pemain kelahiran Kedah itu sebelum pengumuman bersejarah itu diketahui pada kira-kira 2 pagi ini.
Mereka yang hadir turut dijamu dengan nasi lemak yang dimasak ibu Mohad Faiz, Saadiah Ishak, 55, bagi menghargai sokongan terhadap pemain berkenaan.
Jurufoto Bernama turut berada di beberapa lokasi di ibu negara untuk merakamkan detik pengumuman itu.
No comments:
Post a Comment