Monday 9 January 2017

Logo jubli emas sambut ulangtahun Bernama...

Logo sempena sambutan jubli emas Bernama sedang diubahsuai setelah pilihan dibuat oleh Pengurus Besar.
Pengurus Komunikasi Korporat Zarina Rozali berkata logo itu direka oleh pihak grafik Bernama News Channel (BNC).
Unit Komunikasi Korporat juga telah berhubung dengan Pos Malaysia mengenai keluaran setem khas sempena sambutan 50 tahun Bernama. 
Beliau menyatakan demikian dalam mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama yang dipengerusikan Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab petang ini.  
Datuk Zakaria sebelum itu berkata pelbagai cadangan telah dibuat untuk merayakan sambutan ulangtahun ke-50 Bernama tahun ini.
Ini termasuk mempunyai logo jubli emas yang seharusnya digunakan mulai sekarang untuk mempromosikan sambutan.
"Ini penting untuk build-up the momentum termasuk dalam urusan surat menyurat  dengan menggunakan logo berkenaan," katanya.
Pada mesyuarat itu, Datuk Zakaria memuji jurufoto-jurufoto yang menghasilkan banyak foto banjir menarik dan digunakan oleh akhbar termasuk di muka depan.
"Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan dan berita Bernama memang diperlukan," katanya.
Beliau berharap standard  itu  dikekalkan bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan terutama dalam usaha Bernama memberi fokus kepada menjana pendapatan.
Keputusan juga dibuat untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan itu pada sebelah petang setiap Isnin berbanding pagi sebelum ini.
Ini bagi membolehkan ahli-ahli mesyuarat menentukan sama ada keputusan yang telah dibuat pada minggu sebelumnya telah dilaksanakan atau diambil tindakan untuk dimaklumkan kepada mesyuarat berikut.




No comments:

Post a Comment