Thursday 12 January 2017

Bersiap guna Sistem Editorial Bernama (SEB) baharu...

Sesi membiasakan pengguna dengan Sistem Editorial Bernama (SEB) yang baharu sedang giat dilakukan menjelang pelaksanaannya yang dijangka awal Mac ini.
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sedang mengadakan  "User Acceptance Test"  (UAT)  bagi membolehkan pengguna sistem mengenal pasti keperluan dan aliran kerja.
Pengurus TMK Abdul Rahman Yusof berkata UAT dilakukan sepertimana input yang telah diambil/disemak dengan pengguna  semasa sesi  "User Requirement Specification"  (URS) yang telah dibuat oleh pihak vendor/developer.
“Ia mesti mengikut spesifikasi sistem dan pengguna yang diperlukan mengikut tender projek BERNAMA,” katanya.
UAT akan dibuat dalam beberapa sesi.
 Sesi UAT#1 dibuat bagi memastikan keperluan sistem dan pengguna telah dipenuhi tetapi masih memerlukan input daripada pengguna untuk penambahbaikkan dan pembetulan sistem.
Sesi UAT#2 bagi memastikan keperluan sistem dan pengguna telah dibetulkan oleh pihak vendor dan meminimumkan kesalahan.
Sesi UAT#1 dan UAT#2 memerlukan peserta 'key person' seperti wartawan, pengarang dan penyunting bagi setiap Bahagian/Meja. Sekurang-kurangnya dua orang wakil petugas daripada setiap bahagian perlu hadir dan tiada limit (had) ditetapkan.
Namun, memandangkan bilik yang terhad, ia hanya boleh menempatkan 30 orang peserta pada satu-satu sesi.
Pengguna yang telah menghadiri sesi UAT akan 'Sign Off' dokumen pengesahan setuju terima sistem tersebut.
Ini bagi memastikan secara rasmi pihak vendor/developer telah menerima persetujuan daripada semua pengguna dengan proses dan aliran kerja yang dibuat untuk implimentasi kepada sistem sebenar.
“Sesi latihan perlu diberikan kepada semua petugas yang menggunakan sistem SEB yang baru untuk membiasakan pengguna dengan system,” katanya.
Sesi latihan akan dibuat setelah sesi UAT selesai dan pembangunan sistem siap sepenuhnya.
Latihan secara intensif akan diberikan kepada semua pengguna.
Sesi latihan akan berterusan sehingga pengguna berpuashati dengan sistem tersebut walaupun selepas tarikh pelaksanaan dibuat.
“Sistem Editorial BERNAMA yang baru dijangka dilaksanakan secara  'Go Live' pada awal Mac 2017,” katanya.
Beliau berkata perbezaan utama sistem baharu dengan yang sedia ada ialah  sistem baharu menggunakan 'web browser' manakala sistem lama menggunakan 'desktop aplication'.
“Sistem baru boleh dibuka di mana-mana sahaja sama ada di komputer, tab atau handphone dan hanya perlu ada akses internet,  tanpa perlu install aplikasi kepada peralatan tersebut,” katanya.
“Sistem lama hanya boleh digunakan pada komputer atau laptop yang yang telah diinstall' aplikasi BEST,” katanya.
Kelebihan lain sistem baharu  ialah ia boleh dimenyertakan gambar dalam 'laporan berita' sebagai rujukan kepada pihak pelanggan.
“Pelanggan boleh menerima teks berita dan gambar… mereka boleh terus akses kepada 'Website Images BERNAMA' untuk melanggan gambar berkenaan manakala sistem lama hanya menyediakan teks berita sahaja. 
Sistem baharu juga mempunyai Modul - Daily Impact Report  untuk mengenal pasti bilangan sebenar berita BERNAMA yang digunakan oleh pihak media pada setiap hari.
Daripada maklumbalas para peserta yang mengikuti sesi latihan, beliau berkata  mereka lebih jelas dengan sistem bahsru tetapi masih membandingkannya dengan sistem lama sama ada berkaitan proses dan aliran kerja yang perlu ditambahbaik atau dihapuskan.
“Sistem baharu akan lebih memudahkan pengguna dan pelanggan BERNAMA dengan teknologi terkini dan menyamai perkhidmatan daripada pembekal berita seperti REUTERS, AFP dan lain-lain pembekal berita antarabangsa,” katanya. 
“Pengguna perlu mebiasakan diri dengan sistem baharu ini, ianya akan mengambil sedikit masa bagi pengguna untuk proses penyesuaian, seperti mana proses peralihan sistem 'textmaster' kepada sistem BEST dahulu.
“Proses dan aliran kerja sistem baru adalah menyamai sistem lama…tetapi sistem baharu mempunyai banyak kelebihan, penambahbaikkan dan mengikut teknologi terkini sama ada dari segi perisian dan perkakasan,” katanya.







No comments:

Post a Comment