Friday 11 October 2013

Ujian calon wartawan Bernama ...


Seramai 71 calon menghadiri ‘Ujian Bertulis Kewartawanan untuk Pegawai Kadet/Pegawai Berita/Wartawan (S41)’ di Wisma Bernama pagi ini
Mereka adalah antara 120  calon yang telah disenarai pendek untuk menghadiri ujian itu bagi mengisi 30 kekosongan jawatan.
“Inilah bilangan paling ramai yang dipanggil untuk ujian bertulis sejak beberapa tahun,"  kataPegawai Tadbir Sumber Manusia Marzukhi Md Salleh.
Seramai 46 calon mengambil ujian di Pusat Kecemerlangan di tingkat 12 dan 25 lagi di ‘dewan’ di tingkat 9. Ujian selama tiga jam itu bermula pukul 9.30 pagi.
Marzukhi berkata calon-calon itu datang dari seluruh negara – ada dari Langkawi, malah ada juga dari Sarawak.
“Soalan-soalan termasuk mengenai etika dan menulis berita...kita bagi ‘raw story’ untuk mereka tulis berita yang sepatutnya.
“Mereka juga perlu buat terjemahan,” katanya.
Ada juga soalan yang menguji pengertahuan am dengan meminta mereka menamakan menteri bagi lima kementerian serta menterjemahkan nama kementerian berkenaan.
Calon-calon dikehendaki menjawab enam daripada lapan soalan yang disediakan.
Soalan-soalan itu digubal oleh para pegawai kanan editorial.
Calon-calon yang berjaya akan melalui proses temuduga sebelum ditawar bekerja.
Editor Bernama TV Haji Ahmad Kamal Dahalan berkata hampir keseluruhan wartawan penyiaran Bernama TV menduduki peperiksaan itu.
Melihat foto suasana ujian itu yang dimuatnaik kepada whatsapp Bernama ED-Team mengembalikan kenangan bagi beberapa anggota whatsapp berkenaan.
“Teringat ujian bertulis di International Hotel Chow Kit pada 1984…penuh dewan dengan lebih 200 calon,” kata Penolong Editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Nurul Afida Kamaludin.
Editor Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia Puan Rohana Mustaffa pula menduduki ujian dan ditemuduga di kampus.
“Agak berlainan sedikit suasananya,” kata beliau.
“Pengalaman kita berbeza namun kesetiaan kepada Bernama jua yang sama,” kata Nurul.
Ketua Editor Tugasan Bernama TV Haji Abdul Rahman Ahmad turut berkongsi pengalaman menjalani ujian dan temuduga di Bangunan MCOBA (ibu pejabat lama Bernama) di Jalan Syed Putra.
“(Bekas ketua pengarang, Datuk) Rejal Arbee interview saya, satu soalan sampingannya..isteri PM Dr Mahathir dari negeri mana…hehe,” katanya.
“Saya ditemuduga oleh Datuk Rahman Sulaiman (sekarang Pengerusi Bernama),” kata Nurul



No comments:

Post a Comment