Thursday 10 October 2013

Troli buku bergerak ...



Banyak usaha dilakukan Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernama (Infolib) untuk menggalakkan amalan membaca di kalangan petugas.
Ini termasuk kempen membaca yang menawarkan hadiah menarik bagi mereka yang kerap membuat pinjaman buku.
Bagi menarik pengguna ke Infolib di Tingkat 8 Wisma Bernama, sudut minuman atau “CafĂ© Corner” disediakan sejak April 2011.
Pengunjung boleh menikmati minuman kegemaran mereka sambil membaca.
Petugas Jabatan Pengarang yang terlalu sibuk untuk naik ke Infolib tidak perlu risau kerana “pihak Infolib yang akan datang kepada mereka”.
Perkhidmatan troli bergerak “Le Tour de Infolib” diadakan setiap Khamis bermula 3.30 petang selama sejam.
Para petugas Infolib akan membawa troli memuatkan pelbagai tajuk dan genre buku ke  Jabatan Pengarang di tingkat satu.
Peminjam dibenarkan meminjam sehingga tiga buah bagi buku Bernama untuk tempoh tiga minggu.
Bagi buku Perpustakaan Negara Malaysia, mereka boleh meminjam dua buku untuk tempoh dua minggu.
Kotak ‘book drop” diletakkan di tingkat satu bagi peminjam memulangkan buku.
Selain Jabatan Pengarang, petugas Infolib Mohd Wahid Md Som dan Mohd Tazman Utuh Tang turut menolak troli itu ke Bahagian Kewangan dan Akaun di tingkat 6.
“Sambutan agak menggalakkan…kadang-kadang melebihi sasaran kita untuk meminjamkan sekurang-kurangnya 30 buku,” kata Wahid.  
Tazman pula berkata beliau seronok dapat menjalankan perkhidmatan itu kerana membantu matlamat Infolib menyemai minat membaca di kalangan petugas Bernama.
Perkhidmatan itu dimulakan sejak 2006 sebagai satu cara meningkatkan pinjaman buku.









No comments:

Post a Comment