Thursday 17 October 2013

Masa depan ada di Bernama...


Seperti kebanyakan orang yang memulakan kerja di tempat baru, perasaan berdebar-debar dan takut menyelubungi Nur Fadhliana Shaari ketika melaporkan diri di Bernama empat bulan lepas. 
“Apabila dah masuk, Alhamdulillah bos baik dan suasana pun baik…,” kata Fadhliana dari Bahagian Jualan Nasional ketika meninjau “tempat kerja sementaranya” di Meja Rencana, di tingkat 6 Wisma Bernama hari ini.
Beliau akan mendalami gaya penulisan rencana Bernama bagi persediaan melaksanakan tugasnya untuk menulis mengenai pelanggan-pelanggan Bahagian Jualan Nasional nanti.  
“Saya rasa di sini ada masa depan,” kata graduan kewartawanan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mengenai langkahnya menyertai Bernama.
“Memang lecturer pun cakap, Bernama ini satu tempat yang baik untuk bekerja kerana ia menjadi rujukan untuk berita.
“Banyak senior yang kata Bernama is one of the best tempat untuk belajar mengenai penulisan dan buat berita.
“Sebab Bernama dah lama, senior-senior pun otai-otai lah,” kata Fadhliana yang diiringi Pengurus Bahagian Jualan Nasional Puan Norena Wati Yaacob.
Fadhliana, 31, berkata beliau mengetahui mengenai kekosongan jawatan itu ketika melayari laman web Bernama.
Sambil berharap dapat mengasah bakat penulisannya di Bernama,  beliau berkata: “InsyaAllah, in the future boleh menjadi editor, atau assistant editor.”
Menurutnya, beliau sudah lama mengenali Bernama kerana semasa latihan praktikal, para pelajar diminta menamakan tempat yang menjadi pilihan.
Beliau menjalani latihan amali itu di Berita Harian selama tiga bulan pada tahun 2006 dan pengalaman itu sukar dilupakan.
“Masa buat pratikal…mula-mula masuk dah kena marah , maki tetapi senior kata ia perkara biasa,” kata Fadhliana, yang bekerja dengan bank dan Indah Water Konsortium (IWK) setelah tamat belajar. IWK merupakan pelanggan Bahagian Jualan Nasional.
Lahir di Terengganu, beliau membesar di beberapa tempat mengikut ayahnya yang bekerja dengan Petronas.
Setelah ayahnya bersara, keluarganya kini menetap di Ayer Keroh, Melaka.

No comments:

Post a Comment