Tuesday 15 October 2013

Beraya dengan Zaiton Sameon…

Penolong editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Nurul Afida Kamaludin  menerima tetamu istimewa sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.
Beliau tidak sangka dapat bertemu penyanyi pujaannya Zaiton Sameon yang bertandang ke rumah ibu Nurul di Ampang Jaya.
“Dia datang bersama kawan-kawan abang saya Huzz...suaranya masih sama…English power…kebetulan beliau tinggal di kawasan Ampang Jaya,” kata Nurul.
“Tak sangka beliau hadir…tapi rasa seronok sebab saya memang minat suara dan lagu Zaiton,” katanya.
Zaiton mencipta nama apabila muncul  juara lagu 1987 dengan lagu 'Menaruh Harapan', 
Ramai yang masih  ingat Zaiton dengan pakaian gaun merah ketika menyanyikan lagu ciptaan A.Ali itu semasa Juara Lagu TV3.
“Memori Zaiton masih elok… menurut Zaiton ingatannya pulih ketika tunaikan umrah 2010,” kata Nurul.
“Bila beliau cerita kisahnya dulu-dulu, saya kagum dengan ketabahannya,” katanya.
Kesihatan Zaiton terjejas setelah terbabit dengan kemalangan jalanraya yang meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990.
“Tahun ini beliau 57 tahun, anak polis yang pernah bersekolah dengan Sudirman di Temerloh,” katanya.
Zaiton minat menyanyi tetapi bapanya tegaskan pentingnya agama,
“Sebab itu beliau khatam Quran banyak kali dan pernah menjuarai tilawah mengaji di Wilayah Persekutuan tiga kali,” kata Nurul.
“Selepas itu kerjanya sebagai penyanyi kelab malam bermula sebelum beliau masuk pertandingan menyanyi di radio dan tv,” katanya.
 Menurutnya, Zaiton sempat menyanyikan lagu hitnya ‘Menaruh Harapan’ semasa di rumah ibunya.

No comments:

Post a Comment