Saturday 5 October 2013

Syukur dalam ketenangan Masjid Nabawi ....

Tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio-visual  Mokhtar Hussain  kerana dianugerahkan Ahli  Setia Darjah Kinabalu (ASDK) sempena ulangtahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah.
Level pingat ASDK ini adalah tinggi kerana turut terima pingat sama ialah dua pegawai keselamatan yang terbunuh dalam Ops Daulat!,” kata Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Mokhtar, yang kini berada di Madinah bersama jurufoto kanan Kassim Saad, menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan di WhatsApp Bernama ED-Team.
“Tq semua. Alhamdulillah. Saya doakan kesejahteraan seluruh warga Bernama. Dan semoga Bernama terus cekal laksana tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara, insyaAllah,” katanya menerusi WhatsApp .
Ketika diminta menyampaikan salam warga Bernama kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: “ Sudah saya tunaikan semasa solat sunat di Masjid Nabawi sebaik tiba malam tadi.
“Indahnya Masjid ini…tenang sekali,” katanya yang turut mengirim foto.
Pemergian mereka untuk mengerjakan Haji adalah atas undangan kerajaan Arab  Saudi yang saban tahun membuat pelawaan itu kepada para petugas media dari negara-negara Islam
Kassim pula berkata mereka berdua sihat walafiat dan menganggap ketiadaan beg pakaiannya semasa mendarat di Jeddah dua hari lepas sebagai ujian.
“Semalam naik bas datang Madinah, petang esok balik Jeddah,” katanya.
Perjalanan bas mengambil masa enam jam, katanya.
Di Madinah, mereka menetap di Hotel Intercontinental yang terletak di sebelah Masjid Nabi.
“Alhamdulillah hotel sebelah je ngan Masjid Nabi… 2 minit jalan kaki dapat buat solat fardu jemaah tiap kali.
“Syukur sangat sampai tak sedar airmata keluar mohon ampun doa banyak-banyak…ramai yang kirim minta doakan mereka,” kata Kassim mengenai perasaannya bersolat di masjid berkenaan.
“Rasa seronok sangat dapat sampai sini…tak putus-putus ucap syukur kepada Allah.
“Alhamdullillah dapat solat sunat kat tepi mimbar imam dalam kawasan rawdah,” katanya.
Mengenai  cuaca, beliau berkata: “Tak la panas sangat… jalan kat luar Masjid Nabi tak pakai selipar pun tak pe, sejuk je kaki walau panas marble tu.”
Kassim berkata tidak ramai petugas media yang mengikuti rombongan di Madinah itu.   
“Yang ada kat Madinah sekarang 3 dari Malaysia (dua Bernama dan seorang dari RTM), 1 Brunei, 1 Azerbaijan, 1 Morocco dan 2 lagi tak tau dari mana.. tu je,” katanya.
“Jap lagi nak pergi melawat expo Nabi Muhammad, esok pagi pergi lawat kilang cetak al-Quran,” katanya.



No comments:

Post a Comment